in

Kucing Antara Yang Terkorban Ekoran Banjir Kilat Di Kajang Dan Hulu Langat

Xxx 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujan lebat berterusan sejak jam 6.30 petang semalam telah mengakitbatkan beberapa kawasan di Kajang, Bangi dan Hulu Langat dilanda banjir kilat.



Menurut Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Jambu, Kampung Sungai Jernih, Kampung Sungai Chua dan beberapa lokasi lain di Hulu Langat.

2 10

3 9

Dilaporkan ramai penduduk yang terjejas dan mangsa yang terkandas diselamatkan dengan menggunakan bot MPKj. Semua mangsa dipindahkan ke dua dewan serbaguna sementara iaitu Dewan Kampung Baru Sungai Chua dan Dewan Taman Mesra.

Berikut adalah video perkongsian netizen berkenaan situasi di Kajang semasa banjir kilat berlaku.

Kucing juga antara yang terkesan

Seorang pencinta kucing, Asrol Adizar ada berkongsikan beberapa video dan gambar yang melihatkan keadaan kucing-kucing peliharaannya.

“Joker, Goblin, Putih, Dik Chik dan Baby Boo terkorban. Jagger dan Manja hilang tanpa dapat dikesan… Separuh gila saya dibuatnya…”

Posted by Asrol Adizar on Sabtu, 18 Julai 2020

 

1 14

Menurut Asrol, ketika kejadian hujan lebat berlaku tiada siapa yang berada di rumah untuk menjaga kucing-kucingnya. Perit untuk ditelan, namun beberapa ekor kucingnya terkorban kerana lemas ekoran banjir kilat.

Posted by Asrol Adizar on Sabtu, 18 Julai 2020

Salam takziah buat mereka yang terkesan dengan banjir kilat ini. Jika kawasan perumahan anda kerap hujan, apa salahnya jika anda selamatkan kucing jalanan buat sementara waktu sehingga cuaca reda semula.

Kredit: SelangorKini, Asrol Adizar

BACA: Lelaki Pencinta Kucing Adalah Calon Suami Yang Baik?

Cats 18

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Asrol Adizar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.