in

RM1.9 Juta Disalur Untuk Baik Pulih PPR Desa Mutiara, Fokus Keselamatan Penghuni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan RM1.91 juta bagi kerja penyelenggaraan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara, Johor Bahru melibatkan enam projek utama sejak 2023.

Perkara itu dimaklumkan ketika lawatan kerja YB Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu ke PPR berkenaan bagi meninjau status projek serta menyantuni penduduk setempat.


Img 1933 Scaled

Antara isu utama yang dikenal pasti:

  • kerosakan handrail di koridor dan tangga
  • masalah pencahayaan lampu koridor 
  • sistem kumbahan tersumbat
  • isu banjir kilat ketika hujan lebat

Untuk rekod, PPR Desa Mutiara yang dibina pada 2006 kini menempatkan kira-kira 5,640 penghuni di 22 blok bangunan.

Artikel berkaitan: KPKT Saran PBT Kurangkan Sewa Premis Hingga Akhir 2026 Demi Ringankan Beban Peniaga Kecil

Artikel berkaitan: KPKT Arah 156 PBT Perketat Langkah Jimat Tenaga Segera Di Seluruh Negara

Pecahan peruntukan penyelenggaraan pula melibatkan:

  • 2023 — RM876,744 (2 projek termasuk penggantian paip kumbahan dan pembaikan handrail
  • 2024 — RM483,500 (1 projek)
  • 2025 — RM550,000 (3 projek termasuk penggantian salur paip air hujan di Blok 16 hingga 22)

Img 0768 Scaled

Menurut Aiman Athirah, usaha itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam meningkatkan kualiti hidup penghuni PPR terutama dari aspek keselamatan, kebersihan dan keselesaan.

Selain meninjau projek penyelenggaraan, beliau turut melancarkan Program Sinergi Kasih MADANI: Komuniti Lestari dan Selamat.

Img 0792

Penyampaian hadiah kepada para pemenang ‘Jom Kitar, Jom Menangi’ anjuran SWCorp serta pemenang cabutan bertuah juga diadakan pada hari yang sama. Penganjuran aktiviti ini turut diperkasakan melalui Inisiatif Pusat Komuniti Sifar Sisa (KOSIS).

Img 0795 Scaled

Sejak diperkenalkan pada Mac 2020, program itu berjaya mengumpul lebih 32,790.07 kilogram barangan kitar semula dengan nilai jualan melebihi RM15,000.

Dalam masa sama, sebanyak 150 unit Kit Kompos Komuniti turut diagihkan kepada penduduk bagi menggalakkan penghasilan baja organik daripada sisa makanan.

Sumber: KPKT

Sumber: KPKT
Sumber: KPKT
Sumber: KPKT
Sumber: KPKT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.