in

“Kualiti video hampeh” – 5 Benda Ni Memang Buat Potong Stim Kalau Tengah Nak ‘Binge’ Series Kegemaran Korang!

collage 31

Disebabkan pandemik yang melanda dunia, tahun 2020 ni merupakan tahun paling banyak sekali kita spend masa dekat rumah. Betul tak?

Dah duduk dekat rumah ni apa lagi, inilah masanya untuk kita binge drama favourite kita. Tapi tak juga… Mesti ada je benda yang jadi buat kita potong stim nak teruskan. Korang mesti ada yang setuju dengan benda-benda ni.

1. Baju berlambak tak basuh lagi

257114 1600x1030 how properly do laundry

Bayangkan waktu hujung minggu, korang dah breakfast sedap perut pun dah kenyang, inilah masanya untuk duduk dekat sofa buka Netflix dan sambung episod K-Drama malam tadi sebab tertidur, baru nak tunggu cerita start sekali teringat pulak baju berlambak tak basuh lagi! Aduhhhh, kalau tak basuh nanti baju nak tidur pun dah tak ada…

2. GF/Kawan call ajak keluar makan

s

Benda ni selalu sangat jadi eh! Bila kita tak ada benda nak buat tu tak ada siapa pulak ganggu tapi bila tengah syok binge drama, dah lah dekat episod yang tengah best sekali call masuk kawan/gf ajak teman makan. Ekeleh…. Kalau tak layan nanti sentap pulak!

3. Mak membebel rumah sepah

Ha, ni memang confirm ramai boleh relate. Baru ingatkan weekend ni nak habiskan semua episod-episod yang tertunggak sekali pintu bilik terbukak tengok mak kita tengah cekak pinggang tengok kita syok baring atas katil sebelum mula membebel in 3…2…1… Arrrggghhhh!

giphy

4. Terlupa nak download

oopslohan

Min biasanya sebelum nak naik train pergi kerja tu dah download dulu episod siap-siap. Yelah, takut nanti internet habis pulak bila tak download dulu. Tapi bila terlupa nak download dulu sebelum pergi kerja memang stress gila!

5. Kualiti video rendah

Screenshot 2020 12 09 at 1.14.59 PM

Pernah tak korang tengah nak stream cerita, tapi kualiti tu lambat betul nak load jadi HD macam dekat gambar atas ni, benda ni memang potonglah, nak tengok pun jadi tak syok je nampak kabur. Apa benda?! 

Untuk elakkan dari darah tinggi korang naik… Apa kata korang cuba Celcom Xpax Tanpa Had untuk rasai pengalaman internet 2X pantas yang dilengkapi dengan internet tanpa had dengan harga serendah RM12!!!

GDA GRA 1200x628 Generic 3

Bukan tu je, kalau korang nak rasa kelajuan yang lebih ekstrem, korang boleh tambah kepantasan Internet kepada 6Mbps pada bila-bila masa je tau! Memang syok habissss

Korang juga akan dapat tambahan percuma 1GB hotspot untuk langganan mingguan dan 3GB hotspot untuk langganan bulanan serta panggilan TANPA HAD!!!

Takkan nak lepaskan peluang ni kot? Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Celcom Xpax Tanpa Had 2X Pantas ni, korang boleh tengok laman web Celcom di sini. Atau korang boleh terus langgan plan prabayar yang cukup berbaloi ni melalui Celcom Life App atau dial *118#.

Tukar kepada Celcom Xpax Tanpa Had sekarang supaya lepas ni hidup korang akan jadi lebih pantas dan tak ada masa untuk potong stim bila layan series kegemaran korang!

Sumber: Cleaning
Sumber: Giphy
Sumber: Giphy
Sumber: Blog
Sumber: YouTube