in

“Ku ingat lelaki terer bab kereta” – Gelagat Pemuda Ini Tak Jumpa Brek Tangan Buat Ramai Terhibur

Tiktok Alza Footbrake

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum ketahui setiap kenderaan mempunyai dua jenis brek, brek yang ada di kaki dan brek tangan atau biasa disebut sebagai handbrake. Biasanya kedudukan atau lokasi brek tangan ini akan berada di tengah antara tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.


Namun, perlu diketahui juga, bukan semua kenderaan meletakkan brek tangan berkenaan di lokasi tersebut. Ikut jenis kenderaan, pengeluar dan reka bentuk dalaman kenderaan tersebut. Lebih kurang macam gear pada Myvi lah.

Itulah yang terjadi kepada pemuda yang dikenali sebagai Amad MBI ini menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok.

@amad_mbi01bila ko first time naik kereta ALZA ? ##handbreakhilang ##fyp ##kitajagakita ##fypforyoupage ##FYP ##tiktok_lover♬ original sound – AMAD MBI

Difahamkan, kejadian berlaku apabila Amad dan seorang rakannya ingin memulakan perjalanan menggunakan kereta jenis Perodua Alza. Nak dijadikan cerita, beliau tidak dapat menjumpai brek tangan kenderaan berkenaan kerana ia tidak berada di kawasan yang ‘sepatutnya’.

“Handbrake Alza kat mana oi”

Mungkin disebabkan ini merupakan kali pertama beliau memandu dan menaiki kenderaan berkenaan, jadi mungkin beliau sememangnya tidak tahu kedudukan sebenar brek tangan tersebut.

Ini kerana, Perodua Alza brek ‘tangan’nya terletak di bahagian kaki, lebih tepat, ianya berada di sebelah kiri brek kaki. Ada yang memanggilnya brek parking dan ada juga memanggilnya sebagai ‘foot handbrake’.

Fungsinya tetap sama, iaitu digunakan apabila kenderaan hendak diberhentikan untuk tujuan parkir.

Bila meneliti ruangan komen, rupa-rupanya masalah yang sama turut dialami oleh ramai lagi pemilik Alza atau mereka yang memandu kenderaan buatan Perodua berkenaan untuk kali pertama. Bila dibaca satu persatu, kelakar jugak perkongsian diorang ni.

Tiktok Comment Alza

Salah satu komen yang mencuri perhatian min adalah daripada kakak ni, yang mana dia sebagai perempuan mengagak kebanyakan lelaki biasanya tahu selok belok tentang kenderaan ni.

Tiktok Handbrake Alza Comment

Min pun pernah kena, tapi masa tu, tak jumpa butang nak bukak penutup minyak! Memang kelakar bila ingat balik…

Baca : “Jangan potong!” – Menangis Tak Nak Bagi Ayah Siang Ketam, Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Budak Ni

Anak Sayang Ketam Tak Bagi Bapa Masak Dan Potong Tiktok

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.