in

TERKINI: Bangkai Lion Air JT610 Berjaya Dikesan

Jt610 Dikesan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua angkatan tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto baru sahaja memaklumkan yang beliau yakin pasukan mencari dan menyelamat sudah berjaya menemukan bangkai pesawat Lion Air JT610, lapor Berita Harian.

Pengumuman tentang penemuan pesawat yang membawa 189 penumpang dan anak kapal itu dibuat di sebuah stesen televisyen tempatan, TV One hari ini.


Kami yakin sudah menjumpai bangkai pesawat JT610. Pasukan mencari dan menyelamat sudah mempunyai koordinat lokasi tetapi perlu mengesahkan sama ada ia adalah fiuslaj (bangkai pesawat).”

Pasukan mencari menggunakan alat ‘pengesan ping’ telah diarah utnuk mencari kotak hitam pesawat Lion Air tersebut yang menyimpan perakam suara dan data penerbangan di lokasi nahas.

“Petang semalam, pasukan penyelamat mendengar isyarat ‘ping’ pada jarak kedalaman 35 meter. Pagi ini pasukan penyelam memulakan semula menyelam seawal 5 pagi di lokasi terbabit.”

– Timbalan Ketua Panel Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Haryo Satmiko

Pesawat Boeing 737 MAX itu dikatakan jatuh terjunam sebelum terhempas dan tenggelam sehingga 30 atau 40 meter dalam Laut Jawa.

Follow Lobak Merah untuk perkembangan terkini nahas pesawat Lion Air JT610 ini!

Baca: “Boleh rasa letupan dari arus air laut…” – Dua Nelayan Kongsi Detik Pesawat Lion Air Terhempas di Laut Jawa

Nelayan Detik Nahas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.