in

“Korban makin meningkat”- Kematian Akibat Covid-19 Di AS Kini Mengatasi Angka Korban Serangan 9/11

Feat 24

Angka kematian Covid-19 di Amerika Syarikat dilihat semakin membimbangkan dengan sekurang-kurangnya mencatatkan sekurang-kurangnya 565 kematian baharu semalam.

Ia merupakan angka tertinggi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, lapor Awani.

Angka tersebut menjadikan jumlah kematian terkini di Amerika Syarikat kepada 3,164 dan jumlah itu telah mengatasi jumlah korban akibat serangan pengganas di World Trade Centre, Pentagon dan nahas pesawat pada 11 September 2001 iaitu 3,100 orang.

 

Ca Times.brightspotcdn

Dilaporkan, jumlah kematian di Amerika Syarikat juga bakal mengatasi China dalam tempoh 24 jam berikutnya, yang setakat ini mencatatkan 3,305 kematian.

Menurut Worldometers, setakat ini Amerika Syarikat mencatat 164,253 kes positif Covid-19 dengan New York mencatatkan angka tertinggi (67,325) kes, diikuti New Jersey (16,636), California (7,413) dan lain-lain.

1 30

Sebelum ini pakar penyakit berjangkit terkemuka AS, Dr Anthony Fauci memberi amaran AS berkemungkinan menyaksikan 100,000 ke 200,000 korban akibat Covid-19.

 

Baca : Allah nak tunjuk sesuatu- 200,000 Orang Diramal MAUT Akibat Covid-19 Di Amerika Syarikat!

2 23

Sumber: Worldometers