in

Penganjur Didakwa Sekat Perjalanan, Iran Buat Aduan Kepada FIFA

Ft Iran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak Pasukan Piala Dunia Iran bakal mengemukakan aduan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila mendakwa bahawa mereka telah dikenakan sekatan perjalanan sepanjang kejohanan di Amerika Utara.

Jurucakap Persekutuan Bolasepak Iran berkata, biarpun sudah menyiapkan persiapan kejohanan dan diserahkan lebih awal, pasukan kebangsaan Iran sekali lagi berdepan sekatan yang dikenakan pihak penganjur sehingga menjejaskan pelaksanaan perancangan barisan kejurulatihan.


Artikel berkaitan: Nak Tengok Bola Tapi Tersalah Fokus! Ini 7 Pemain Kacak Bawah 30 Tahun Yang Beraksi Di FIFA World Cup 2026!

Artikel berkaitan: Nilai Pasaran 7 Pemain Warisan Negara Menjunam Teruk Susulan Dihukum FIFA

Menurut sumber, Iran mahu terbang dari kem latihan mereka di Tijuana, Mexico ke Amerika Syarikat (AS) pada 2 hari lebih awal sebelum perlawanan seterusnya menentang Belgium di Los Angeles pada Isnin ini, tetapi Persekutuan Bola Sepak Iran mendakwa permohonan itu ditolak.

Screenshot 2026 06 19 184945

“Memandangkan perlawanan akan berlangsung pada jam 12 tengah hari waktu tempatan di Los Angeles, Persekutuan Bolasepak Iran memohon agar pasukan dibenarkan tiba dua hari lebih awal.”

“Tujuannya adalah untuk memberi masa mencukupi kepada pemain menyesuaikan diri dengan keadaan perlawanan, menjalani sesi latihan terakhir serta melengkapkan persiapan.”

Malah, biarpun alasan teknikal sudah dikemukakan, permohonan itu sekali lagi ditolak. Disebabkan itu, pihak Iran meluahkan rasa tidak puas hati dan mereka terpaksa meninggalkan Los Angeles pada malam sama selepas perlawanan pertama Piala Dunia mereka diakhiri dengan keputusan seri 2-2 menentang New Zealand.

Screenshot 2026 06 19 185333

Dakwaan yang dibuat oleh Iran itu bagaimanapun ditolak oleh pentadbiran Amerika Syarikat itu, Pengarah Eksekutif Pasukan Petugas FIFA Rumah Putih, Andrew Giuliani menegaskan bahawa pihak Iran telahpun diberitahu lebih awal yang mereka hanya dibenarkan memasuki AS sehari sebelum perlawanan.

“Mereka juga perlu meninggalkan negara itu pada hari perlawanan berakhir, iaitu pada sebelah malam selepas perlawanan tamat. Prosedur sama akan digunakan ketika mereka berada di Los Angeles.”

Beliau turut menekankan bahawa peraturan sama turut dikenakan untuk aksi terakhir Kumpulan E menentang Mesir di Seattle pada 27 Jun ini.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.