in

“Korban coronavirus terus meningkat”- [TERKINI] 80 Disahkan Maut Di China, Jumlah Dijangka Terus Bertambah

Featured 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia kini sedang berjaga-jaga dengan penularan wabak coronavirus yang dilihat semakin membimbangkan.


Angka terbaru yang dicatat pagi ini menunjukkan 80 orang dilaporkan terkorban ekoran wabak tersebut.

Memetik South China Morning Post, pihak berkuasa kesihatan China mengesahkan bahawa kes jangkitan coronavirus telah meingkat kepada 2,400.

1 27
Sumber: foreign policy
Merlin 167777571 1A91D6F7 8887 4Bb7 B1E9 007Bfb0E66C3
Sumber: the new york times

Terbaru di Beijing, lima lagi kes jangkitan termasuk seorang bayi berusia sembilan bulan, manakala di Guangxi kanak-kanak berusia 2 tahun turut disahkan positif coronavirus, lapor Astro Awani.

Di Bandar Wuhan sahaja sebanyak 2,700 kes dilaporkan.

Setakat ini seramai lima juta penduduk meninggalkan bandar Wuhan pada Ahad manakala sembilan juta lagi masih berada di bandar Wuhan.”- Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang

200123 Hankou Scmp
Sumber: todayonline
3Fa1A147 0B3C 4Dd1 B8E5 F1C39486046D
Sumber: global times

Pegawai Kesihatan terlibat memberi amaran kepada masyarakat awam bahawa virus tersebut boleh tersebar lebih cepat dan kuat.

Difahamkan seramai 2,360 doktor dan jururawat ketenteraan dihantar ke Wuhan bagi membantu merawat pesakit.

Lebih membimbangkan bekalan didakwa tidak mencukupi kepada pengamal perubatan yang merawat pesakit sehingga memaksa mereka mengitar semula topeng muka yang dipakai.

 

Baca : Filipina Halau Balik Rakyat China, Russia Pula Gantung Penerbangan Dari Wuhan

2 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.