in

Filipina ‘Halau’ Balik Rakyat China, Russia Pula Gantung Penerbangan Dari Wuhan

Untitled Collage 16 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

CNN Philippines melaporkan, Filipina bertindak menghantar hampir 500 pelancong China yang datang dari Wuhan untuk pulang semula ke tempat asal mereka minggu ini.


Pengarah Eksekutif Lembaga Penerbangan Awam Filipina, Carmelo Arcilla berkata pesawat dari syarikat penerbangan Royal Air Charter dan Pan Pacific Airline akan menghantar pulang kesemua pelancong berkenaan secara berperingkat.

Kedua-dua penerbangan tersebut sebelum ini menawarkan penerbangan terus dari Wuhan ke Kalibo.

Thermal Scanner Airport Arrival Cnnph

 

Meskipun pemerintah China telah menutup pintu-pintu masuk utama ke Wuhan, namun penerbangan ini diberi kelulusan untuk menghantar pulang kesemua pelancong yang berasal dari Wuhan itu.

Jumlah yang akan dihantar pulang itu termasuklah 135 pelancong China yang baru saja mendarat di Filipina Khamis lalu, beberapa jam sebelum pihak berkuasa negara itu mengumumkan langkah tersebut.

Tass38012699

Sementara itu, Reuters melaporkan — Russia turut mengambil pendekatan sama apabila negara itu menggantung penerbangan dari Wuhan ke Moscow.

Langkah itu diambil demi mengelakkan sebarang risiko jangkitan coronavirus daripada merebak ke negara itu.

 

Baca: Menteri Pelancongan Kata Jangan Diskriminasi Pelancong Dari China, Netizen Naik Angin!

Untitled Collage 14 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.