in

“Korang dah labur RM65 dekat that sh*t?” – Individu Kritik Netizen Beli Buku Puisi Puteri Balqis, Dakwa Membazir & Bakal di ‘Scam’

Rocking Balqis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dugaan yang menimpa pelakon cilik, Puteri Balqis baru-baru ini telah mendapat perhatian netizen ramai dan juga rakan-rakan artis yang simpati dengan nasibnya.


Sudahlah sakit, Puteri Balqis pula terpaksa menjual buku puisi 38 Poems of Puteri Balqis yang ditulisnya sendiri di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bersama ibu. Pun begitu, mujurlah ramai yang membantu dan tularkan kisah pelakon ini di media sosial.

https://www.instagram.com/p/B6VtIVXhEv0/

Meskipun ramai yang memberi respon positif, ada juga di kalangan netizen yang melemparkan komen negatif dan kutukan kepada Balqis.

Seorang individu baru-baru ini menuduh netizen yang membeli buku daripada Balqis hanyalah sia-sia dan membazir semata-mata. Eh dah kenapa pulak dia ni?? 

 

“Korang yang dah labur RM65 dekat that sh*t mesti masuk sekolah British Council kann” 

Menerusi satu posting yang viral di Twitter, individu ini claim yang netizen membeli buku puisi Puteri Balqis ini hanyalah sia-sia dan membazir semata-mata.

Tambahnya lagi sambil masukkan screenshot dari salah satu portal gosip, duit yang didermakan kepada Balqis tu kemungkinan besar akan digunakan ibunya untuk beli ‘obat’ atau dalam erti kata lain, dadah. Akhirnya Balqis tak dapat apa-apa dan akan terus menderita. Uish besar tuduhannya ni! 

Teruk 1

Eokkjanuwaa Kgu

Eokkko8U8Aamugz

Eokkkpuueaawpyh

Poem 3
sumber: twitter

 

“Busuknya hati ko ni… budak tu bukan mengemis minta duit ko” 

Disebabkan posting tersebut, rata-rata netizen marah dan meminta individu tersebut untuk mendiamkan diri saja kalau tidak mampu membantu.

Lagipula bagi netizen, Puteri Balqis tidak meminta-minta dan berusaha dengan cara baik untuk menambahkan pendapatannya. Bukannya dia menagih simpati dan derma orang ramai sebelum ni sehinggalah kisahnya dipaparkan dalam satu program amal baru-baru ini.

Fake Pppl
sumber: twitter

Apa-apapun bagi admin, kalau bab menderma ini kita tak boleh nak halang-halang dan kutuk pulak si penderma tu. Derma ni ikhlas dari hati tau. Kalau orang yang meminta derma tu menipu atau berperangai sebaliknya, itu masalah mereka. Kita dah lakukan tanggungjawab kita.

Admin doakan semoga Puteri Balqis sihat seperti sediakala dan boleh berlakon semula. Abaikanlah kata-kata jahat netizen tu semua. Yang penting, awak usaha untuk tambah rezeki. 

Baca: “Mana pergi ayah dia?” – Netizen Setuju Dengan Nabila Huda, Tertanya-Tanya Kenapa Parents Puteri Balqis Tak Kerja

Nabila Huda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.