in

“Konvo style baru”- UiTM Perkenal Konvokesyen Secara Janji Temu, Tapi Ini Reaksi Netizen

Ft Uitm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam mengamalkan norma baharu ni, macam-macam perkara terpaksa di adjust bagi mengelakkan tersebarnya virus Covid-19.


Sampaikan konvokesyen pun diubahsuai

Antara yang menarik perhatian adalah konvokesyen yang bakal dijalankan oleh pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Menurut sumber universiti itu dikatakan bakal menjalankan penganugerahan diploma dan ijazah kepada graduan secara janji temu.

So maksudnya, student masih boleh rakam kenangan mereka dengan memakai jubah, dan menerima skrol seperti konvokesyen biasa dalam tempoh yang ditetapkan.

Keputusan ini mungkin akan mengejutkan bakal graduan tapi ia diambil bagi memastikan keselamatan, kesihatan, kebajikan dan keselesaan (4K)  semua pihak yang terlibat.

Capture 4 1 1

Dalam kenyataan yang dibuat Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim, langkah ini dilakukan Covid-19 masih berleluasa, peningkatan kes pun tak menentu lapor Awani

Betul lah tu, dalam meraikan kejayaan, kita perlu ingat wabak ni masih belum tamat

“Janji temu yang diperkenalkan ini mengambil kira pelbagai aspek berkaitan 4K dengan merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya 

 

Tempoh ambil sijil yang panjang

Kalau sebelum ni nak hadir konvokesyen agak rushing sampai perlu nak ambil cuti dan persiapan.

Tapi dengan kaedah janji temu yang diperkenalkan, pelajar dibenarkan untuk mengambil sijil bermula 7 November hingga 9 Januari tahun depan dari jam 8 pagi hingga 5 petang namun tertakluk kepada sebarang pindaan.

Ha korang set la time yang korang nak

Yang menariknya konvokesyen ni, penganugerahan akan dilakukan di seluruh cawangan UiTM dan UiTM Shah Alam, jadi graduan boleh set janji temu dan pilih sendiri mana-mana kampus terdekat yang nak dihadiri walaupun  pelajar bukan daripada cawangan tersebut.

Capture ...

Ada baiknya juga, dapat la jimat duit transport dengan hotel sekali…

 

Ini antara reaksi netizen

Capture . Crop

Bagi 22,834 graduan yang bakal terlibat dengan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-92 nanti, permohonan penerimaan diploma dan ijazah boleh dibuat menerusi Sistem Janji Temu Penganugerahan Diploma/Ijazah di laman sesawang https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/.

Apapun min ucapkan tahniah kepada semua yang bakal konvo nanti, ambil good side je la

 

Baca : Dah la cantik, boleh menyanyi pulak tu Nyanyian Merdu Kembar Di Majlis Konvokesyen Tarik Perhatian Netizen

Capture 9 2

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.