in

Kontroversi Patung ‘Stairway To Heaven’: Ini Rupanya Maksud Yang Tersirat!

Jjhg 1

Dekat dunia ni boleh dikatakan pelbagai budaya dan agama yang dianuti oleh setiap lapisan masyarakat. Setiap negara ataupun komuniti pasti mempunyai cara anutan yang tersendiri.

Seperti kita tahu juga, agama Islam, Kristian dan Yahudi selalunya dikait rapat kerana dikatakan mempunyai persamaan yang banyak dalam cara penyampaian dan gaya hidup dalam beragama. Betul ke?

Kalau korang masih ingat beberapa tahun lepas pernah tular sebuah gambar yang telah mengundang kontroversi tiga agama ini di media sosial sehingga menjadi buah mulut netizen untuk diperdebatkan berkenaan isu tersebut.

Kontroversi patung ‘Stairway to Heaven’ yang pernah jadi buah mulut warganet

Pada tahun 2010, Eugenio Merino yang berasal dari Sepanyol dan juga seorang pereka patung dan pelukis telah menimbulkan kontroversi dimana dia telah mencipta tiga buah patung yang mewakili tiga agama di dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

Img Arco213411514905

Ketiga-tiga patung itu dilihat sedang menjalankan ibadah mengikut agama masing-masing. Apa yang menjadi kontroversi pada patung tersebut adalah ia dilihat patung itu ditindih antara satu sama lain iaitu orang Islam diletakkan paling bawah (bersujud), Kristian berada di tengah (melutut) dan Yahudi berada di paling atas (berdiri).

Lebih membuatkan perkara tersebut sensitif apabila jika dilihat lebih dekat, korang semua boleh perasan bahawa agama-agama tersebut dicampur-adukkan.

Islam dengan kitab Bible

Screenshot 2022 10 17 At 2.59.52 Pm

Kristian dengan kitab Taurat

Screenshot 2022 10 17 At 3.01.46 Pm

Yahudi dengan kitab Al-Quran

Screenshot 2022 10 17 At 3.02.39 Pm

Patung-patung tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warga netizen termasuklah Kedutaan Israel di Sepanyol pada waktu itu kerana menganggap perkara tersebut telah menyinggung orang Yahudi, dan rakyat Israel. Kedutaan tersebut juga menganggap bahawa hasil karya Eugenio adalah satu provokasi dan publisiti murahan.

Tumblr M03Zdnmeft1Qggdq1

Namun, pengasas hasil karya, Eugenio Merino telah menafikan kenyataan itu dan pertahankan hasil karyanya yang tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana penganut agama.

“Hasil karya dipertunjukkan bukan untuk menghina sesiapa. Idea dan niat saya sebenar hanyalah utuk menyampaikan kesamaan dan kewujudan bersama tiga agama tersebut untuk mencapai Tuhan, secara literal. Dan saya rasa mesej yang sampaikan adalah positif.”

Eugenio Merino Opci N 1

Pengunjung Yahudi tak suka karya tersebut walaupun mereka berada di atas?

Melalui hasil karya tersebut, ramai memberi pandangan yang berbeza dalam menafsirkan patung itu sama ada dari sudut mahupun negatif. Namun, pada orang Yahudi ia adalah sangat menyinggung perasaan mereka dan merasakan agama mereka rendah.

Eh merendahkan? Bukan ke agama Yahudi dilihat berdiri paling atas?

Sebuah video yang dikongsikan di laman TikTok berkenaan mengapa kaum Yahudi kecewa melihat patung tersebut sedangkan mereka berada di posisi atas.

@millenialzkece

bagaimana menurut kamu?? #stairwaytoheaven

♬ suara asli – Bang ari – Bang ari

Menerusi video yang dikongsikan, lelaki tersebut mengatakan sebab kaum Yahudi tidak menyukai dan mengeluh mengenai patung itu.

“Ketika mereka ditanya alasan mengapa para kaum Yahudi ini mengeluh dengan bentuk patungnya, jawapannya simple iaitu jika muslim yang dibahagian bawah patung ini bangun, maka dua agama tersebut yang di atas akan jatuh dan musnah.”

Walaupun terpalit dengan kontroversi, patung itu difahamkan telah dijual kepada pengumpul patung yang berasal dari Belgium dengan berharga 45,000 euro (RM206,753.91).

Menurut korang macam mana pula?

Baca: “Bukan Muslim ke?” – Tindakah Shah Rukh Khan Kongsi Foto Patung Ganesha Buat Ramai Terkilan

Screenshot 2022 10 17 At 3.31.23 Pm

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal