in

Konon Nak Uji Kemurahan Hati Bakal Teman Lelaki, Wanita ‘Angkut’ 23 Kenalan Masa First Date

Feat Date Final E1667010467861

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat kebanyakan orang, detik temu janji merupakan detik yang bakal meninggalkan kenangan manis buat pasangan kekasih terutama janji temu yang pertama.


Pada saat itu, pasangan baru mula berjumpa secara face-to-face buat pertama kali dan sesi suai kenal pun bermula untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam.

Namun, sebaliknya pula berlaku kepada seorang lelaki di China ini apabila pertemuan pertamanya dengan seorang wanita bertukar menjadi mimpi ngeri.

 

Angkut 23 orang ke first date

Masakan tidak, wanita itu dikatakan telah datang ke temu janjinya itu bukan seorang diri, bukan juga dua orang tetapi dia mengangkut seramai 23 orang saudara-mara serta rakan-rakannya sekali!

Sis…

Alasan wanita berkenaan membawa kesemua saudara dan rakan-rakannya ke temu janji itu juga adalah sangat tidak masuk akal.

 

Uji kemurahan hati

Dia kononnya telah membawa mereka ke sana semata-mata untuk menguji kemurahan hati lelaki yang baru dikenalinya itu.

Lapor Global Times, lelaki yang berusia 29 tahun dikenali sebagai Liu itu berasal dari wilayah Zhejiang, China. Dia dikatakan telah bersetuju untuk bertemu wanita itu buat pertama kali selepas diperkenalkan oleh ibunya.

Mereka memilih untuk mengadakan temu janji di sebuah restoran di Dongguan, wilayah Guangdong d selatan China.

Detik temu janji yang dianggap manis itu bertukar tragedi apabila lelaki itu kecewa wanita berkenaan turut membawa kenalan dan saudaranya untuk makan bersama mereka.

First date bertukar jadi kenduri. 

 

‘Cabut’ lari awal

Date

Walau bagaimanapun, lelaki terbabit bertindak bijak apabila dia memutuskan untuk meninggalkan makan malam itu lebih awal. Bukan itu sahaja, dia turut dimaklumkan untuk membayar bil makan malam yang berjumlah 19,800 yuan (RM12,311).

Fuh, bukan kaleng-kaleng.

Namun, dia tidak mahu untuk membayarnya dan meninggalkan restoran terbabit.

Menyedari lelaki itu menghilangkan diri, wanita itu terpaksa membayar bil makanan itu sendiri gara-gara Liu gagal untuk dihubungi.

Liu akhirnya bersetuju untuk membayar dua meja sahaja dan baki yang selebihnya iaitu sebanyak 15,402 yuan (RM9,576) perlu dilangsaikan oleh wanita itu.

Insiden yang memalukan itu telah tular dan tersebar luas di China. Kebanyakan netizen melahirkan rasa simpati kepada Liu dan mengecam perempuan itu kerana tidak tahu malu.

Ni bukan uji kemurahan hati, tapi mengambil kesempatan.

Baca: Empat Tahun Jadi Ibu Tunggal, Wanita Teruja Diajak Pergi ‘Date’ Tapi Lain Pula Jadi Bila

Baca Date

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.