Konflik AS-Iran: Amaran Awal Buat Ekonomi Malaysia

Tambah ke Sumber Pilihan
Konflik AS-Iran: Amaran Awal Buat Ekonomi Malaysia

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan, Malaysia berdepan kesan ekonomi dan keselamatan yang meluas sekiranya konflik antara Amerika Syarikat dan Iran memuncak.

Jelasnya lagi, sebarang peperangan yang tercetus di Asia Barat berpotensi mengganggu bekalan tenaga global, menjejaskan perdagangan antarabangsa serta mencetuskan kejutan harga yang akhirnya memberi kesan kepada Malaysia.


Walaupun konflik ini berlaku ribuan kilometer dari Kuala Lumpur, ekonomi dunia hari ini saling berkait rapat, tambah Mohamad ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

641496932 1453998632740944 4579294207693137609 NSumber: Facebook

Apabila berlakunya konflik antara dua negara, tempiasnya akan dirasai oleh negara membangun seperti kita dalam tiga bentuk utama:

  • Lonjakan Harga Tenaga: Timur Tengah adalah nadi bekalan minyak dunia. Sekiranya Selat Hormuz disekat atau terjejas, harga minyak mentah dunia boleh melambung tinggi. Ini bukan sahaja meningkatkan kos operasi industri, malah menambah beban subsidi bahan api kerajaan.

  • Gangguan Logistik Maritim: Laluan perdagangan yang tidak selamat bermaksud kapal kargo perlu mengambil laluan lebih jauh. Kesannya? Kos logistik naik, dan harga barang di rak pasar raya kita akan mengikut jejak yang sama.

  • Ketidakpastian Ringgit: Dalam situasi krisis, pelabur global cenderung beralih kepada aset “safe haven” seperti Dolar AS atau emas. Ini akan memberi tekanan jualan kepada mata wang pasaran sedang membangun termasuk Ringgit, yang seterusnya menjejaskan kuasa beli import kita.

Artikel berkaitan : “Kini hampir musnah sepenuhnya” – Nadir Al-Nuri Jelaskan Maksud ‘Rafah Is Gone’

Artikel berkaitan : Trump Bakal Dedahkan Fail ‘Makhluk Asing’ Dan Hidupan Angkasa Lepas

Menurut laporan, ketegangan antara kedua-dua negara itu meningkat susulan pendirian tegas Washington terhadap cita-cita nuklear Tehran, selain terdapat laporan penambahan kehadiran ketenteraan Amerika Syarikat di Teluk Parsi, termasuk penempatan semula kapal induk USS Gerald R Ford dari Mediterranean.

Bow View Of Uss Gerald R. Ford Cvn 78 Underway On 8 April 2017Sumber: U.S Navy

Amaran daripada Datuk Seri Mohamad Hasan ini adalah isyarat jelas bahawa Malaysia tidak boleh sekadar menjadi pemerhati. Kestabilan rantaian bekalan makanan dan tenaga domestik perlu diperkukuh segera bagi meminimumkan impak sekiranya senario terburuk berlaku.

Sumber : Buletin TV3

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aryl Je
Lagi tulisan Aryl
Kononnya traveller tegar yang suka tangkap gambar, penyokong bola sepak tempatan. Bercita - cita nak tawan Gunung Kinabalu sebelum pusing satu Asia Tenggara.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Konflik AS-Iran: Amaran Awal Buat Ekonomi Malaysia
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/konflik-as-iran-amaran-awal-buat-ekonomi-malaysia/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM