in

“Ko dengan laki ko mmg suka menunjuk ek” – Siti Sarah Kecewa Netizen Tuduhnya Sengaja Tunjuk Baik Kongsi Rezeki Dengan Fronliners

heboh kebaikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia ini, tak semua orang sukakan kita dan tak semua perkara baik juga yang dilakukan kita akan disukai orang. Pelik kan?

Tapi itulah yang dihadapi oleh Siti Sarah baru-baru ini apabila dia dikecam netizen gara-gara berkongsi rezeki dengan petugas barisan hadapan.


Menerusi perkongsiannya di Instagram, penyanyi yang juga isteri kepada pelawak, Shuib meluahkan rasa kecewa dan marahnya apabila ada segelintir pihak memandang negatif usahanya dalam membuat kebaikan. 

https://www.instagram.com/p/CL6cs6Cljwt/?igshid=12l385lhm7huv

Seorang netizen yang tak dikenali dilihat telah menghantar DM kepada Sarah dengan mengatakan Shuib dan penyanyi tersebut hanya acah baik dan suka menunjuk-nunjuk dalam melakukan kebaikan.

Malah katanya lagi, tujuan Sarah berbuat kebaikan adalah dengan tujuan untuk berbisnes semata-mata. Ya Allah… kenapa hitam sangat hati tu? 

Tak yah acah baik boleh tak? Kalau nak bagi, bagi je la. Ko dengan laki ko memang suka menunjuk ek? 

“Lama aku tengok, bagi rumah nak heboh, padahal bagi rumah je kot. Rumah kampung biasa je. Ni sibuk pulak bagi tudung ko kat dia orang. Sebenarnya ko nak menjual tudung tu kan? 

“Dah dah la menunjuk baik tu. Geli aku tengok” 

 

“Dalam kehidupan kita ni, kita tak dapat puaskan hati semua orang” 

Menurut Sarah, apa yang disumbangkannya kepada frontliners itu adalah sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan golongan tersebut yang berhadapan dengan pandemik COVID 19.

Malah niatnya berkongsi video sumbangan itu juga hanya sebagai tanda kenang-kenangan dan bukannya berniat untuk menunjuk-nunjuk.

sarah 2

“Dalam kehidupan kita ni, kita tak dapat puaskan hati semua orang. Buat baik pun orang pandang serong, apa lagi kalau kita ni terbuat salah, lagi teruk jadinya…

“Yang nak marah sangat tu kenapa? Kita bagi benda haram ke sampai sakit sangat hati tu? 

“Frontliner tu ada yang tak cuti cuti, banyak sangat dugaan yang dia orang kena hadap. Apa yang Sarah bagi kecik je, just nak buat dia orang happy. At least dapat bagi semangat & buat dia orang happy untuk hari tu.

“Ikhlas ke tak, bukan kita tentukan. Perkara tu rahsia Allah. Siapa kita nak tentukan keikhlasan seseorang tu?” katanya.

Dalam pada itu, Sarah berterima kasih kepada frontliners lain yang meninggalkan komen serta DM yang baik-baik kepadanya.

Harap Sarah tak terasa hati lah dengan apa yang netizen tu cakap. Yang penting kita buat benda yang betul. 

Baca: Langgar SOP, Shuib & Siti Sarah Kena Kompaun Sebab Makan Melebihi 2 Orang Satu Meja

suib

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.