in

Langgar SOP, Shuib & Siti Sarah Kena Kompaun Sebab Makan Melebihi 2 Orang Satu Meja

Feature 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kerajaan telah membenarkan kita untuk makan di kedai dan restoran namun hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk makan semeja. Jadi, kalau ahli keluarga tu ramai, kena lah makan secara berasingan. Akhirnya terubat jugak kerinduan kita nak makan di kedai. 


Namun, ada juga yang masih melanggar SOP. Semalam, sekumpulan remaja dikompaun sebab 10 orang makan di satu meja yang sama di Shah Alam. Kali ini, pasangan selebriti, Shuib dan Siti Sarah pula yang dikompaun RM1,000 setiap seorang sebab makan melebihi dua orang semeja di sebuah restoran di Lipis, lapor Sinar Harian.

Shuib 2

Difahamkan, mereka telah dikenakan kompaun akibat melanggar SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan, Jumaat lalu.

Menurut Superintendan Azli Mohd Noor iaitu Ketua Polis Daerah Lipis, tak ada physical distancing di kedai makan tersebut. Dua lagi customer yang duduk di meja yang sama dengan pasangan usahawan tu juga didenda.

Bukan itu je, katanya pemilik restoran turut dikenakan tindakan dalam satu rondaan pasukan Task Force OP Covid-19 Balai Polis Kuala Lipis. Kompaun dikenakan kepada kesemua mereka di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ada yang mengatakan mereka dikompaun selepas ada individu yang berkongsi gambar sedang makan bersama dengan Shuib dan Siti Sarah di restoran tersebut di Facebook.

Rata-rata netizen berpendapat selebriti sepatutnya menjadi contoh dan teladan kepada orang ramai.

Shuib 1

So, korang kalau taknak kena kompaun, jangan lupa patuh SOP ya.

Baca: Hanya Mahu Buat Penonton Ketawa, Aksi Di Pentas Disalah Anggap, Shuib Mohon Maaf 

Shuib

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.