in

Kluster Terlalu Banyak, Sarawak Mungkin Dikenakan PKPD.

Gambar Hiasan 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas mengalami penurunan jumlah kes Covid-19, negara kita seakan mengalami ‘balasan’ apabila terlalu leka dan mengambil ringan tentang penjarakan sosial dan SOP yang ditetapkan. Ini mengakibatkan peningkatan jumlah kes dan peningkatan kluster yang terpaksa dihadapi semula oleh semua frontliner.



Lebih memeritkan lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti di Sarawak lapor Sinar Harian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan terdapat lapan kluster aktif di negeri itu.

Sekiranya pelaksanaan PKPD dikuatkuasakan, ia akan dibuat di lokaliti atau kumpulan sasar yang telah dikenalpasti.”

651025

 

Dilaporkan bahawa setakat ini KKM masih lagi dapat mengawal penularan wabak itu di Sarawak dan telah menghantar sepasukan pegawai untuk memantau tindakan di lokaliti terlibat.

Kita memantapkan dan meningkatkan pengesanan kontak bagi mengesan kes-kes positif,” 

Beliau menambah, individu yang dikesan mempunyai kontak dengan kluster berkenaan akan dibuat ujian saringan.

Berdasarkan data KKM setakat ini, lapan kluster tersebut adalah Kluster Sentosa (8), Stutong (7), Kejuruteraan Kuching (3), Jupiter (3), Mambong (5), Pusat Perubatan Kuching (3), Jeti Kuching (3) dan PUI Melbourne (2) kes dan seramai 1,476 individu telah disaring dalam lapan kluster tersebut.

Baca: “Saya merayu kepada rakyat supaya patuh kepada SOP” – Dr Noor Hisham Jangka Kes Covid-19 Akan Naik Mendadak

F.b 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.