fbpx
in

KKM Terima Laporan 2 Kes Keracunan Akibat Pengambilan Ivermectin Secara Kendiri

3Iv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penggunaan ubat Ivermectin dalam mengubati Covid-19 masih dalam perincian pakar. Pelbagai kajian sedang dijalankan mengenai keberkesanan Ivermectin merawat pandemik ini.


Terkini, Pusat Racun Negara mengesan 2 kes keracunan akibat pengambilan ubat Ivermectin secara kendiri.

Screenshot 2021 08 14 At 3.03.42 Pm

Dalam satu laporan dari Astro Awani, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kes pertama melibatkan pengguna berumur 35 tahun dan kes kedua pula melibatkan seorang warga emas.

Kes pertama, pengguna berumur 35 tahun tersebut telah mengambil satu biji Ivermectin dan telah mengakibatkannya mengalami gejala sesak nafas yang berpanjangan sehingga 5 hari selepas pengambilan.

Kes kedua, seorang warga emas didapati telah tidak sedarkan diri selepas dikatakan mengambil 15 biji Ivermectin sekali gus.

Screenshot 2021 08 14 At 3.04.23 Pm

KKM memberi amaran bahawa belum ada kelulusan penggunaan Ivermectin sebagai rawatan atau pencegahan jangkitan Covid-19 di Malaysia.

Aktiviti penjualan Ivermectin secara tidak sah sedang berlaku dan pengguna yang mengambilnya tidak mengikut sukatan dos yang dibenarkan dan akhirnya mengakibatkan keracunan.

Screenshot 2021 08 14 At 3.05.02 Pm

Antara kesan mudarat akibat pengambilan Ivermectin adalah muntah, cirit, sakit perut dan pening kepala. Manakala kesan yang lebih teruk akibat pengambilan Ivermectin pula adalah tekanan darah rendah, sesak nafas, kerosakan paru-paru dan kematian. Buat masa ini masih tiada antidot atau rawatan spesifik untuk kes keracunan melibatkan Ivermectin.

KKM menyeru orang ramai untuk mengelakkan pengambilan Ivermectiin untuk rawatan kendiri melibatkan Covid-19

Screenshot 2021 08 14 At 3.06.32 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top