in

“Boss suruh makan depan dia” – Majikan Paksa Pekerja Positif Covid-19 Makan Ivermectine

Boss Paksa Pekerja 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berbakti kepada majikan bukanlah bermakna kena ‘berkorban’ semua perkara dalam hidup kita sehingga membahayakan nyawa sendiri sampai sanggup dedahkan diri kepada Covid-19.



Seorang pekerja ini disahkan positif pada 7 Julai lepas, menurut perkongsian daripada ahli keluarganya di Twitter, pekerja ini terkena jangkitan daripada tempat kerja.

 

Majikan zalim

Dalam perkongsian itu, individu ini menyatakan bahawa majikan tersebut memaksa pekerjanya yang diuji negatif untuk datang bekerja sampaikan sanggup ‘terjah’ pekerjanya di hostel,  jika tidak akan dipotong gaji.

Boss Paksa Pekerja 7

Disebabkan itu, kakak kepada individu ini adalah antara yang disahkan positif dan ia telah menjangkiti ahli keluarganya.

Berdasarkan perkongsiannya, keadaan kakaknya itu tidak begitu baik saat dijangkiti virus tersebut.

 

Paksa pekerja makan makan Ivermectin

Setelah hampir sebulan berlalu, individu ini kongsikan cerita susulan apabila majikan kakaknya itu meminta pekerjanya untuk memakan ubat Ivermectin, lebih dahsyat lagi, majikan itu dikatakan memaksa pekerjanya makan ubat itu di hadapannya.

Perkara itu dikongsikan oleh kakaknya sendiri menerusi screenshot perbulan menerusi WhatsApp dan dilihat kakaknya dah tak tahan bekerja disitu.

Boss Paksa Pekerja 1

Boss Paksa Pekerja 2

Boss Paksa Pekerja 3

Malah, individu ini turut mendedahkan bahawa syarikat di tempat kakaknya itu telah mendapati bahawa ada 23 lagi pekerja disahkan positif Covid-19 kelmarin.

Semalam (kelmarin) swab test beramai ramai ada 23 org positive & disuruh datang kerja. Yang positive pun disuruh masuk kerja. Apa ni? Zalim!”

Perkongsian ini telah meraih lebih daripada 28K jumlah retweets dalam masa 22 jam ia dikongsikan. Rata-rata netizen bengan dengan tindakan majikan tersebut, ketika ditanya mengenai syarikat ini, ia dipercayai sebuah syarikat tisu yang bertempat di Subang.

Boss Paksa Pekerja 4

 

Hanya di gunakan untuk haiwan, tiada data klinikal bagi membuktikan keberkesanan Ivermectin rawat Covid-19 – KKM

Boss Paksa Pekerja 5

Untuk fahaman mengenai Ivermectin ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini telah menasihatkan orang ramai supaya  tidak mengambil Ivermectin untuk tujuan tersebut berikutan tiada data klinikal bagi membuktikan keberkesanan penggunaannya dalam rawatan dan pencegahan Covid-19.

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan bahawa setakat ini tiada produk dengan bahan aktif Ivermectin berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kegunaan manusia kerana ia hanya untuk haiwan.

World Heatlh Organization (WHO) hanya membenarkan Ivermectin sebagai rawatan COVID-19 dalam kajian/percubaan klinikal sahaja

Malah, Berita Harian turut melaporkan bahawa penggunaan Ivermectin secara tidak betul boleh mengakibatkan masalah kesihatan serius seperti alahan, pening, sawan, koma dan kematian.

 

Baca : “Kau nak makan kaki” –  Biadap! Lelaki Paksa Bangla Cuci Kereta Sujud & Minta Maaf Gara-gara…

Collage 11

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.