in

KKM Jangka 6,000 Kes Positif Dalam Tempoh Seminggu – TS Dr Noor Hisham

Feat1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan 6,000 kes positif Covid-19 dicatatkan dalam tempoh seminggu, lapor Berita Harian.


Kata beliau, ia berikutan pihak kementerian melipatgandakan usaha di lapangan serta KKM memerlukan masa sehingga 3 minggu untuk melandaikan lekuk.

Swab1

Beliau juga berkata pihaknya yakin bahawa usaha untuk melandaikan lekuk Covid-19 di Malaysia ini dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak.

“Jika USM menjangkakan 5,000 kes dalam tempoh dua minggu, kita mensasarkan 6,000 kes dalam seminggu,” katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini.”

“Kita menjangkakan nilai kebolehjangkitan pada paras R-naught (R0) 0.5. Negara ini boleh mencapai sasaran jika mempunyai kerjasama padu daripada rakyat Malaysia untuk bersama-sama bantu KKM dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).”

Hisham1

Difahamkan, Ahad lepas penyelidik USM telah memberi amaran bahawa peningkatan kes positif sehingga 5,000 dalam tempoh 2 minggu serta menjangkakan kes kematian berkaitan wabak ini.

Baca: Kebanyakan Kluster di Selangor Mungkin Ada Mutasi D614G – DG Hisham

D614G

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.