in

Kebanyakan Kluster di Selangor Mungkin Ada Mutasi D614G – DG Hisham

D614G

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sidang media semalam memberitahu yang mereka tidak menolak kemungkinan bahawa kluster-kluster yang dikenal pasti di Selangor mempunyai strain virus jenis mutasi D614G, lapor Astro AWANI.


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hal ini kerana kebanyakan kes yang direkodkan adalah daripada mereka yang pulang dari Sabah.

51601632123 Dghishamcovid

“Berdasarkan kebanyakan kajian yang kita lakukan, sebelum ini sebagai contoh 23 sampel yang diperoleh dalam Kluster Benteng Lahad Datu yang kami hantar kepada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati terdapat mutasi D614G.

“Begitu juga di Kedah di mana beberapa kluster yang kami kaji seperti Kluster Sivagangga, Kluster Tawar dan Kluster Sungai semua mempunyai kaitan walaupun ia dikenal pasti sebagai jenis yang berbeza tetapi mutasi yang sama.

Walaupun tiada kaitan epidemiologi yang jelas tetapi mempunyai jenis mutasi virus yang sama, jadi adalah tidak mustahil bagi 31 kluster yang dikenal pasti di Selangor mempunyai kaitan daripada mereka yang pulang dari Sabah.

“Kemungkinan kes mempunyai virus mutasi yang sama,” katanya dalam sidang media harian semalam.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham juga memberi penjelasan bahawa setiap hari pihak KKM akan lakukan kajian dengan mengenal pasti kontak rapat mereka yang disahkan positif dan akan kenal pasti kluster terbaru.

D53B6334 50C9 44Af 85F0 1764Bd1844Dd

Setiap hari terdapat kluster baharu yang akan diberikan nama dan maklumat itu akan terus dikongsikan kepada orang awam pada sidang media yang diadakan.

Uish kalau ada mutasi D614G tu, maknanya lagi cepatlah virus merebak kan? Stay at home ye mereka yang di kawasan PKPB tu! 

Baca: Netizen Minta Sekatan Antara Negeri Dibuat Semula, Bimbang Mutasi COVID-19 ‘Super Spreader’

Mutasi

Sumber: Astro AWANI
Sumber: TV Sarawak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.