in

KKM Bakal Beri Kanak-kanak 5-12 Tahun Vaksin Pfizer, Tapi Ramai Netizen Tak Setuju?

Collage 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, sekarang ni orang yang boleh menerima vaksin adalah remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan dewasa berusia 18 tahun ke atas.


Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa Malaysia akan terus mengambil vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun melaui ciapan di Twitter.

Selain itu, pilihan seperti vaksin Sinovac juga akan dipertimbangkan untuk kanak-kanak dari golongan ini.

Pun begitu, masih belum ada lagi tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memulakan pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun ini.

Untuk pengetahuan korang, Selasa lepas, Panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat telah mengesyorkan vaksin Pfizer-BioNTech ini untuk kanak-kanak 5 ke 12 tahun selepas mendapati manfaat melebihi risikonya.

“Aku tak setuju”

Ekoran pengumuman ini, dapat dilihat di media sosial ramai netizen telah meluahkan ketidakpersetujuan mereka dengan keputusan kerajaan ini.

Kebanyakan dari mereka enggan mengambil risiko sekiranya berlaku apa-apa kepada anak mereka sekiranya vaksin ini diberikan.

Ada juga yang mengatakan mereka ingin lihat dulu kesannya kepada kanak-kanak lain sebelum pertimbangkan keputusan untuk vaksinkan anak mereka.

Screenshot 2021 10 29 At 3.51.22 Pm Down

Vaksin selamat untuk kanak-kanak bawah 12 tahun

Menurut Nature, hasil percubaan yang dijalankan ke atas 4,650 kanak-kanak menunjukkan yang vaksin ini selamat.

Macam yang ramai tahu, vaksin berasaskan mRNA ini telah dikaitkan mempunyai risiko kecil miokarditis yang boleh menyebabkan keradangan pada otot jantung, perikarditis dan keradangan di lapisan sekeliling jantung terutama untuk lelaki muda.

Bagaimanapun, Ketua Bahagian Penyakit Berjangkit Di Kalangan Kanak-kanak Universiti Utah, Andrew Palvia berkata, tiada laporan mengenai risiko ini berlaku ke atas kanak-kanak berusia 5-11 tahun yang telah mengambil vaksin ini sekaligus menunjukkan petanda yang sangat baik.

Tambahnya lagi, kelebihan keseluruhan mengambil vaksin ini masih melebihi potensi risiko yang bakal dialami yang biasanya sembuh beberapa hari selepas pengambilan vaksin, tak seperti Covid-19 yang boleh menyebabkan kematian.

Min faham, ramai ibu bapa yang risau lebih-lebih lagi bila ia membabitkan kanak-kanak. Harapnya kerajaan boleh luaskan lagi pengetahuan mengenai vaksin untuk kanak-kanak ni supaya ramai ibu bapa boleh tenang sikit untuk vaksinkan anak.

 

Baca: Hidup Anti-Vaksin Bakal Susah Jika Terus Tolak Vaksin Tanpa Sebab Yang Dibenarkan – KJ

Screenshot 2021 10 29 At 4.21.11 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.