in

Sempat Lagi, #PICKids Dilanjutkan Hingga Hujung Bulan Ni

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.



Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 untuk Kanak-kanak (PICKids) yang sepatutnya berakhir pada 15 Mei ini telah dilanjutkan sehingga hujung bulan.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah dilanjutkan sehingga 31 Mei bagi mengimbangi penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ketika cuti Hari Raya dan Hari Buruh minggu lalu.

Katanya, keputusan untuk melanjutkan program dan operasi PPV ini dibuat ketika mesyuarat CITF-C pada Selasa lalu, lapor NST.

Kami faham ada ibu bapa yang tak sempat nak dapatkan vaksin pada tarikh yang ditetapkan oleh MySejahtera disebabkan Hari Raya dan cuti umum kerana PPV tutup.

“Lanjutan ini akan memberikan peluang kepada ibu bapa untuk jadual semua temujanji vaksin anak-anak.”

71643856100 Noorazmighazali

Namun, penjadualan semula ini hanya diberikan kepada individu yang mendaftar sebelum 8 Mei dan tak dapat vaksin pada tarikh yang ditetapkan.

Individu yang telah mendapat tarikh baru pada MySejahtera boleh ikut temujanji yang ditetapkan.

“Ibu bapa yang tidak mendapat penjadualan semua di MySejahtera selepas boleh walk-in di mana-mana Klinik Kesihatan sebelum 31 Mei untuk vaksinkan anak berusia 5 ke 11 tahun.”

Manakala tarikh temujanji yang diterima selepas 31 Mei akan terbatal secara automatik.

Contohnya, jika tarikh di dalam MySejahtera jatuh pada Jun, ia akan terbatal.”

Selepas 31 Mei, kanak-kanak tidak akan lagi diberikan vaksin percuma dos pertama Comirnaty dan CoronaVac Covid-19 bermula 1 Julai.

Setakat ini, sebanyak 976,336 kanak-kanak berusia lima ke 11 tahun telah menerima vaksin penuh di bawah program PICKids.

 

Baca: KKM Bakal Hentikan Vaksin Pfizer Percuma Untuk Kanak-kanak Bermula 16 Mei Ini

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.