in

“Kita tidak akan menambah hutang lagi. Kita bukannya bodoh” – Tun Daim

Daim 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan pembetukan Majlis Penasihat Kerajaan. Menurutnya, ia bertindak menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan ketika proses peralihan kuasa.


Kini, kerajaan mempunyai lima pakar terkemuka yang memegang jawatan dalam majlis itu. Mereka adalah:

  • Bekas Menteri Kewangan – Tun Daim Zainuddin
  • Bekas Gabenor Bank Negara – Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
  • Bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas – Tan Sri Hassan Merican
  • Tokoh Korporat – Tan Sri Robert Kuok
  • Ahli Ekonomi Terkemuka – Prof Dr Jomo Kwame Sundaram
Mp
sumber: malaysiakini

Hari ini, Malaysiakini melaporkan bahawa Tun Daim memberi jaminan kepada para pelabur dan pengurus dana bahawa pihaknya akan menangani semua masalah yang menjejaskan ekonomi selain tidak berhasrat menambah hutang negara.

Tiada sebab lagi untuk meletakkan ekonomi dalam keadaan yang lebih buruk.”

Menurut Daim, antara kebimbangan pelabur adalah cadangan pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang disifatkan mereka berkemungkinan besar memberi impak terhadap terhadap hasil kerajaan selain turut meningkatkan defisit fiskal.

“Kita tidak akan menambah hutang lagi. Kita bukannya bodoh. Ini lebih menjurus kepada spekulasi dan hanya mencetuskan kebimbangan yang tidak wajar sedangkan (apa yang berlaku) merupakan reaksi biasa apabila kerajaan baharu mengambil alih tampuk pemerintahan.”

Daim 1
sumber: kapital

Beliau juga memberi jaminan, Majlis itu mempunyai sekumpulan pakar yang mampu menangani isu terbabit selain menekankan bahawa perkara paling penting adalah untuk menghapuskan amalan rasuah. Betul tu!

Selama 57 tahun GST ini tidak wujud pun dan tidak ada masalah yang timbul.”

Tak sabar tunggu ekonomi negara pulih!

Baca: Apandi Ali Dipecat Serta Merta

Capture 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.