in

“Kita ni orang islam” – Alasan Owner Restoran Enggan Bagi Sisa Makanan Pada NGO Ini Sebab Anjing Haram

Anjingharam2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan menurut syarak Islam anjing memang haram, dan tidak boleh disentuh. Namun ia tak bermakna kita harus bertindak kejam kepada haiwan ini.


Malah, ia juga tidak membataskan individu itu untuk melakukan amal. Bukannya buat apa pun, badan NGO ini hanya inginkan sisa makanan untuk diberikan kepada anjing liar dibawah perlindungan mereka daripada pengusaha restoran ini.

Namun, amatlah menghampakan, bukan kerana dia enggan memberikannya tetapi alasan yang dikemukakan itu  tak relevan dan tak boleh diterima akal langsung!

 

” Saya tak nak bersekongkol dan bersubahat dengan benda haram “

45854658 878913148982553 4130324792769249280 N
Sumber : facebook

Admin yakin pasti korang terkejut bila baca perbualan ini kan? Apa kaitan bagi anjing makan dengan haram? Ya anjing memang haram, tapi bagi makan pun adakah ianya kegiatan haram?

Bila baca alasan dia, memang tak logik, siap nak ajar ahli NGO ini lagi, nasihat katanya.

 

Anjing tu haram, nanti restoran saya pula terlibat buat dosa.

45822203 878913172315884 1046944427823595520 N
Sumber : facebook

Nasihat  apa tu eh? Alahai, kesian orang NGO ni, lain yang dia minta lain yang dia dapat. Mentaliti sebegini sudah semestinya membangkitkan kemarahan netizen. Mereka labelkan peniaga ini kolot.

 

Kolot- Netizen

Kolot Kolot2 Kolot3 Kolot4

Rata-rata netizen naik angin dengan kata-kata peniaga ini, kebanyakan antara mereka bandingkan kisah pelacur memberikan anjing minum air menggunakan kasut pada zaman Rasulullah S.A.W dulu.

 

Baca:Netizen Bengang Wanita Cina Selamba Bawa Anjing Pergi Kedai Makan Halal Dekat Temerloh

Bawa Anjing 758X399 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.