in

“Kita kena bantu bukan hukum” -Netizen Sign Petisyen Bantah Hukuman Terhadap Orang Yang Nak Bunuh Diri

Aeophslzrxnywlo 800X450 Nopad 1

Mungkin ramai di antara korang yang tak tahu, kalau ada orang cuba untuk bunuh diri tapi gagal, dorang boleh dimasukkan ke dalam penjara atau didenda mengikut Seksyen 309 kanun keseksaan.

Sebagai contoh, baru-baru ni seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret selepas dia cuba untuk terjun dari bangunan rumahnya melalui pagar balkoni.

Bomba2 46871863 1596257749

Disebabkan ini, satu petisyen telah dibuat bagi melupuskan kanun keseksaan ini dan gantikan dengan kaunseling dan servis psikologi untuk orang-orang yang cuba untuk membunuh diri.

Aeophslzrxnywlo 800X450 Nopad

Cuba atau fikir untuk bunuh diri biasanya adalah tanda-tanda seseorang itu mengalami masalah kesihatan mental yang serius atau tekanan mental yang terlampau. Daripada menghukum orang yang cuba untuk bunuh diri, kita perlu membantu mereka dengan memberikan sokongan dan perkhidmatan yang mereka perlukan.

Di Malaysia, cubaan membunuh diri dikira sebagai jenayah. Di bawah Akta Seksyen 309, “sesiapa yang cuba untuk membunuh diri atau melakukan apa-apa perbuatan yang menjurus kepada kesalahan ini, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.”

Walaupun selalunya perbuatan ini tak didakwa, tapi ia masih berlaku. Macam Selasa lalu (4 Ogos), Mahkamah Majistret telah mendenda seorang penganggur lelaki berusia 28 tahun yang cuba untuk membunuh diri minggu lepas. Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Akmal telah meminta mahkamah untuk menjatuhkan hukuman pada lelaki itu atas alasan “untuk dijadikan pengajaran…kerana dia telah menyusahkan ramai pihak.”

Ekoran ini, jelas menunjukkan yang jenayah membunuh diri telah menghukum orang yang memerlukan bantuan dan menghalang mereka dari menerima sokongan yang diperlukan. 

Oleh itu, kami menyeru AG Tan Sri Idrus Harun untuk segera mansuhkan akta Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan sebagai gantian, kami mencadangkan agar orang-orang ini perlu menjalani kaunseling dan servis psikologi yang mereka perlukan.

Setiap hari, 10 rakyat Malaysia mati kerana membunuh diri. Perkara ini tak boleh dibiarkan. Pemansuhan akta ini adalah langkah yang penting untuk menghapuskan stigma masyarakat terhadap kesihatan mental dan memastikan masyarakat boleh mendapat sokongan dan bantuan yang sepatutnya tanpa risau dengan pandangan orang lain.

Kajian dari negara-negara yang telah memansuhkan akta ini termasuk Kanada dan New Zealand menunjukkan tiada peningkatan kes bunuh diri selepas akta bunuh diri dimansuhkan.

Kalau korang rasa orang-orang yang cuba untuk bunuh diri ni patut diberikan peluang untuk mendapatkan rawatan dan bukan hukuman, korang boleh tandatangan petisyen dekat sini.

 

Baca: Penganggur Tertekan Dipercayai Sebab Masalah Keluarga Cuba Bunuh Diri, Didenda RM3,000 Oleh Mahkamah

Suicide 1

Sumber: change.org