in

Kisah Sebenar Remaja Tunggang Motosikal Kuasa Tinggi Sebelum Digilis Dan Diseret Kenderaan Berat Sejauh 12 Kilometer

Featured 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari ada sahaja kisah kemalangan berlaku di negara ini sama ada kemalangan yang biasa atau ke tahap membawa maut.


Namun kisah kemalangan membabitkan seorang pemuda yang menunggang motosikal berkuasa tinggi digilis dan diseret sejauh 12 kilometer mengejutkan ramai pihak.

Bagaimana pemuda tersebut boleh digilis dan diseret sejauh itu?

Memetik Sinar Harian, Mohammad Haris Mohamad Fuad, 22 tahun yang berasal dari Taman Desa Jawi, Sungai Jawi, Pulau Pinang meninggal dunia akibat kecederaan parah dalam nahas pukul 5.30 pagi di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pada 27 April.

Bbwlppm
Sumber : facebook

Menurut laporan, Haris yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z800 dipercayai diseret dan digilis kenderaan berat berhampiran Terowong Menora.

Difahamkan pihak PLUS menemui motosikal bersama kaki kiri milik mangsa di lokasi kejadian sebelum mayat Mohamad Haris di temui di KM260 iaitu hampir 13km dari lokasi mangsa diseret.

2 19
Sumber : facebook

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke rumah keluarganya di Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum digilis oleh sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti.”

“Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah dan mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,”

Katanya kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihaknya masih mengesan kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

Sementara itu, kakak kepada mangsa Nur Fatin Nabillah, 25 tahun berkata yang adik bongsu daripada empat beradi itu merupakan penyelia di tapak projek Sistem Transit Aliran Massa (MRT) di ibu negara.

58383616 2313253622050862 6524122448667869184 N
Sumber : facebook

“Adik sudah lebih dua tahun bekerja dan sering pulang ke rumah keluarga di Taman Desa Jawi, Pulau Pinang. Awal pagi semalam dia ada memberitahu saya ingin pulang selepas habis bekerja.”

“Dari malam tadi kami tunggu dia tidak sampai, sebelum pagi ini ayah dimaklumkan oleh polis mengenai kemalangan berlaku.”

Fatin berkata jenazah adiknya dibawa pulang ke kampung mereka di Batu 5 Jalan Baharu, Parit Buntar, untuk dikebumikan.

Semoga allahyarham ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Baca : Mimpi ngeri seorang guru; Isu Kemalangan Libatkan 3 Nyawa Murid, Guru Sekolah Luah Rasa Takut Dipersalahkan Ketika Jalankan Tugas

Guru

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.