in

Kisah Jalil Ibrahim : Anak Melayu Yang Dibunuh Selepas Berjaya ‘Bongkar’ Kes Penyelewengan Terbesar Negara

Featured 52

Mungkin ada yang mengetahui kisah ini namun mungkin ramai juga yang tidak menyedari ‘insiden kejam’ ini pernah terjadi kepada rakyat Malaysia.

Kisah mengenai pembunuhan Allahyarham Jalil Ibrahim, seorang juruaudit dalaman Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) dan kaitannya dengan penyelewengan dana sebanyak RM2.5 Bilion pernah menggemparkan negara pada suatu ketika dahulu.

Ikuti perkongsian Syahril A. Kadir yang menyingkap kembali detik hitam dan duka yang pernah berlaku awal 80an dulu.

 

JALIL IBRAHIM…KISAH ANAK MELAYU YANG DIBUNUH KEJAM KETIKA SIASAT KES PENYELEWENGAN TERBESAR NEGARASELAMA beberapa…

Posted by Syahril A. Kadir on Khamis, 18 Julai 2019

JALIL IBRAHIM…KISAH ANAK MELAYU YANG DIBUNUH KEJAM KETIKA SIASAT KES PENYELEWENGAN TERBESAR NEGARA

SELAMA beberapa hari ini saya banyak bercerita mengenai wira-wira dalam pasukan keselamatan yang dilupakan atau seolah-olah tidak dipedulikan jasa dan pengorbanan mereka.

Ada yang bertanya, di kalangan orang awam pula bagaimana?

Kalau tanya saya, jawapan yang terus terlintas dalam fikiran adalah kisah Allahyarham Jalil Ibrahim, seorang juruaudit dalaman Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB). Ya mungkin ramai yang tahu kisahnya dan mungkin ramai yang tidak.

Takpe, saya ‘refresh’ semula kisah Jalil.

 

BMF dikesan luluskan pinjaman ‘terlalu besar’ iaitu RM2.5 billion kepada sebuah syarikat di Hong Kong, Carrian Group…

Begini, BBMB ada sebuah anak syarikat yang dikenali sebagai Bumiputra Malaysia Finance (BMF). Nak diringkaskan cerita, terdapat satu penyelewengan dalam BMF di mana syarikat itu dikesan meluluskan pinjaman yang gila babi punya besar iaitu sebanyak RM2.5 billion kepada sebuah syarikat di Hong Kong, Carrian Group pada sekitar awal tahun 80an.

Bayangkan begitu mudah BMF bagi pinjaman sebesar dan semudah itu kepada syarikat Carrian ini. Rupa-rupanya Carrian telah memberi sejumlah rasuah atau ganjaran kepada beberapa pegawai kanan BMF untuk meluluskan pinjaman berkenaan, jilakeee!

Masalah besar mula timbul apabila syarikat Carrian mula nak muflis dan tak boleh bayar pinjaman mereka kepada BMF. Lalu sebagai syarikat induk, pada tahun 1983, BBMB telah menghantar Jalil ke Hong Kong untuk menyiasat apa sebenarnya yang terjadi.

Download

67348434 10157376112438050 7415270640090873856 N

 

Carrian hampir bankrap, pegawai Carrian melobi BMF supaya bagi pinjaman, Jalil menentang namun dia akhirnya ‘disenyapkan’…

Di Hong Kong pula, dalam pada dah nak bangkrap tu, pegawai kanan Carrian masih cuba melobi agar BMF terus memberikan pinjaman kepada mereka dan benda ini ditentang sekeras-kerasnya oleh Jalil.

Kemuncaknya Jalil telah dibunuh dan mayatnya dicampak di sebuah kebun, Allahu!

Polis Hong Kong mengesahkan menerima laporan daripada rakan sekerja Jalil bahawa dua pegawai Carrian Group datang ke pejabat pada 18 Julai 1983 meminta diluluskan pinjaman dengan kadar segera dan Jalil telah menelefon agar permohonan itu tidak diluluskan dan ini mungkin antara penyebab yang menyumbang kepada pembunuhannya.

Mayatnya ditemui dalam keadaan takde dompet dan kad pengenalan diri, cuma apa yang dijumpai adalah duit syiling Malaysia dalam poketnya. Laporan autopsi dan penyiasatan polis mendedahkan Jalil telah dijerut dengan tali jubah mandi yang ada pada lehernya sewaktu ia dijumpai.

Itu membuktikan kejadian ini bukan akibat kemalangan.

Sebelum itu, Jalil dah serahkan laporan auditnya sepanjang berada di Hong Kong kepada pegawai-pegawai atasannya yang berada di KL.

0 0 B

67081846 10157376098113050 2057308090906181632 N

 

Kes Carrian dan kaitannya dengan pembunuhan Jalil terlalu kompleks, makan masa hampir 17 tahun untuk diselesaikan…

Kalau nak cerita detail pasal kes BMF ni sampai esok pun tak habis. Kes ni catat sejarah kat Hong Kong kerana perbicaraannya saja mengambil masa hampir 17 tahun untuk diselesaikan!

Apapun kita sepatutnya bangga kerana anak muda seperti Jalil sangat berpegang kepada amanah dan integriti.

Walaupun beliau mungkin boleh mendapat ‘habuan’ kalau meluluskan pinjaman tambahan yang diperlukan syarikat Carrian itu namun beliau tetap bertegas enggan meluluskannya sampai beliau dibunuh dengan kejam.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, wira yang tidak didendang – Jalil Bin Ibrahim

 

Wallahualam, semoga allahyarham ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Baca : Dia bawa kawan melawat kami- Anak Kapal Kongsi Pengalaman Seram Di Sea Mirror

Seas 1