in

“Kilang Yahudi mana ni”- Kilang Di Kapar LARANG Pekerja Islam Solat, Denda RM500

Featured

Sebagai rakyat yang tinggal dalam negara yang berbilang bangsa, perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku.

Iyelah kita sepatutnya saling hormat-menghormati dan menerima anutan agama masing-masing supaya dapat hidup dalam aman dan harmoni.

Namun lain pula kisahnya yang berlaku di Kapar Klang, apabila ada sebuah kilang yang beroperasi di Taman Perindustrian Sungai Kapar, Klang melarang pekerja Islam di syarikatnya daripada menunaikan ibadat solat, lapor Utusan Online.

Mengejutkan apabila tindakan yang dilihat seolah-olah sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni itu dibuat menerusi sepucuk memo bertarikh 30 Julai (Selasa lalu) dan kini viral di media sosial.

 

Semua pekerja bahawa tidak dibenarkan pergi solat pada waktu bekerja kecuali…

1

2
Sumber: facebook

“Pihak pengurusan ingin memaklumkan kepada semua pekerja bahawa tidak dibenarkan pergi solat pada waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengah hari sahaja.

“Dengan serta-merta jika didapati melanggar arahan, akan dikenakan denda sebanyak RM500 untuk setiap kali kesalahan,”

Namun meski ramai yang mengecam, ada juga netizen yang meluahkan pandangan masing-masing berkaitan perkara tersebut..bila baca balik, ada juga logiknya

3
Sumber: facebook

 

Korang rasa kenapa kilang tu buat macam ni?

Baca : Ini mengarut dan khurafat Ahli fizik Hentam Teori Pemuda Yang Kaitkan Warna Alam Dengan Waktu Solat

22