in

“Khas untuk relationship yg tak jadi” – Ini 4 Muzium Unik Di Seluruh Dunia

Khas Untuk Relationship Yg Tak Jadi Ini 4 Muzium Unik Di Seluruh Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adakah anda suka melawat muzium?


Hari ni, admin nak kongsikan tentang 4 muzium paling unik di dunia. Ada di antara muzium dalam senarai ni yang boleh dilihat pamerannya hanya jika anda boleh snorkelling atau diving.

Kalau nak tahu muzium apa tu, korang kena lah baca sampai habis!

1. The Cup Noodle Museum, Jepun

Cup Noodles Hd 1024X640 1 E1615703856976

Bagi peminat tegar mi segera, Cup Noodle Museum di Jepun ini mungkin sudah memang ada dalam bucket list anda.

Mempunyai dua cawangan di negara matahari terbit, pengunjung di muzium ini akan mempelajari sendiri sejarah mi segera.

Momofuku Ando E1615704058956

E Factorycupnoodles E1615703942922

Muzium ini turut mempamerkan pondok dimana Momofuku Ando, iaitu orang pertama yang mencipta mi segera menghasilkan salah satu makanan kegemaran masyarakat dunia. Selain itu, para pengunjung juga boleh menghasilkan cup noodle tersendiri.

Selain mempunyai pameran berwarna-warni mi segera dari seluruh dunia, muzium ini juga mempunyai Instant Noodles Tunnel yang memaparkan 800 packaging produk mi segera yang semakin berkembang.

2. Cancun Underwater Museum of Art, Mexico

Cancun E1615704166794

Jika anda pandai snorkelling atau diving, muzium ini mungkin akan menjadi pilihan anda.

Terletak di antara pulau-pulau di Cancun dan Isla Mujeres, muzium ini merupakan muzium bawah laut paling besar di dunia. Setiap tahun, dikatakan hampir 750,000 pelancong akan datang ke sini.

Hu E1615704525697

Underwater Art Museum In Cancun Mexico 2 E1615704294464

Terdapat kira-kira 500 sculptures dipamerkan, muzium ini mengetengahkan pelbagai tema seperti kehidupan para nelayan dan banyak lagi.

3. The Museum of Broken Relationships, Croatia

Museum Of Broken Relationships

Mungkin kedengaran aneh tetapi memang wujud sebuah muzium di dunia ini yang didekasikan khas untuk hubungan cinta yang tidak kesampaian.

Terletak di Zagreb, Croatia, kebanyakan barang pameran di dalam muzium ini adalah barangan peribadi bekas kekasih beserta description pendek mengenai objek itu.

Original Museum 20Of 20Broken 20Relationships E1615704837766

Img 5900 640X480 1 E1615704956425

Idea disebalik pembangunan muzium ini bermula dengan satu jenaka antara Olinka Vištica dan Dražen Grubišić yang mahu membangunkan muzium untuk menempatkan barangan peribadi mereka apabila mereka memutuskan hubungan. Ia sebenarnya sebagai salah satu cara pasangan itu untuk mengenang memori mereka bersama.

Siapa sangka, jenaka itu menjadi realiti dan muzium berkenaan dilahirkan.

4. The Museum of Bread Culture, Jerman

1456477754 20150505 100642 Edited E1615705765855

Anda peminat roti? Jika ya, kunjungan ke muzium ni mungkin akan buatkan anda terus mengidam nak makan roti.

Diasaskan pada tahun 1955, Museum of Bread Culture yang terletak di Jerman ini bertujuan untuk memaparkan sejarah roti berusia 6,000 tahun yang berkait rapat dengan budaya dan pembangunan manusia.

5A3Ef28C4D395F3E22393A66E4Cc1B09 E1615705829510

Muzium ini mempamerkan lebih 18,000 objek dan 700 daripadanya adalah pameran kekal. Selain mengetengahkan kepentingan roti dalam masyarakat, muzium ini juga ada menunjukkan pelbagai cara membuat roti.

Pun begitu, tiada roti sebenar yang dipamerkan di muzium ini kerana pengasasnya percaya roti bukanlah satu barang pameran tetapi makanan yang perlu dihidangkan panas setiap hari.

Apa pendapat anda tentang muzium-muzium ini? Anda tahu mana-mana muzium unik lagi dalam dunia ni? Tinggalkan komen anda di ruangan komen.

Sumber: Hong Kong Tatler, Musa Mexico, Cup Noodle Museum, Brokenships, Atlas Obscura

Baca: Muzium Godzilla Dibuka Di Jepun, Pengunjung Boleh Main Zipline Masuk Ke Mulut Raksasa

Xxx 3 E1615703385616

Sumber: Japan Guide
Sumber: Viato
Sumber: AFAR
Sumber: CGTN America
Sumber: Tripoto
Sumber: Pinterest

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.