in

Muzium Godzilla Dibuka Di Jepun, Pengunjung Boleh Main Zipline Masuk Ke Mulut Raksasa

Xxx 3 E1615703385616

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Godzilla adalah satu karakter raksasa yang mempunyai ramai peminat dari seluruh dunia. Di negara kelahirannya Jepun, karakter Godzilla hampir menyamai populariti Mickey Mouse apabila kini wujudnya muzium khas untuk Godzilla.


Dibuka bermula pada 8 Ogos lepas, muzium yang terletak di Pulau Awaji ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk menikmati 80 figura Godzilla dan alatan props daripada filem Godzilla: Tokyo Sos dan Shin Godzilla.

3 3

4 2

Muzium ini turut menyediakan makanan yang bertemakan Godzilla. Rekaan dan penyediaan makanan mungkin nampak kurang menyelerakan, tapi nama pun muzium Godzilla kan?

1 10

Malah, pihak muzium juga menyediakan makanan yang menyerupai Mothra, sebuah raksasa rama-rama dalam francais Godzilla.

2 3

Lebih menarik, pihak muzium bercadang untuk menambah satu lagi aktiviti buat para pengunjung iaitu zipline. Uniknya, hujung tali zipline tersebut akan diletakkan di dalam mulut Godzilla yang bersaiz raksasa! Bila lagi anda boleh rasa masuk ke dalam mulut Godzilla kan?

Buat peminat Godzilla di luar sana, rasanya anda dah boleh mula menyimpan duit!

Kredit: ScreenRant

 

BACA: Hotel Di Vietnam Ini Tawar Pengalaman Tidur Dalam Penjara Kepada Pelanggan

Cats 6

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.