in

“Khairunnisa sebaik-baik perempuan” – Mufti Tersentuh Bertemu Dengan Budak Perempuan Jaga Ibu Bapa Cacat Penglihatan

Mufti Wilayah

Rasanya ramai yang sudah dengar kisah seorang murid perempuan yang tular pada awal minggu persekolahan lepas apabila dia dilihat memimpin tangan kedua-dua ibu bapanya meronda kawasan sekolah.

Ibu bapa murid yang bernama Nur Khairunnisa’ Fadhilah ini katanya golongan OKU cacat penglihatan dan kisah mereka terus mendapat perhatian netizen di media sosial.

D148
sumber: blog

 

“Benarlah kata seorang ibu, Nur Khairunnisa adalah mata dan tongkat kami” 

Kisah ini mungkin kisah kecil, namun siapa sangka ia telah mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al- Bakri yang memutuskan untuk bertemu dengan murid tahun satu tersebut.

Perjumpaan Mufti Wilayah dengan Khairunnisa telah dikongsikan di laman Facebook Mufti sendiri yang meluahkan rasa terharunya dengan pengorbanan anak kecil ini.

https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/posts/1657016007771705?__tn__=-R

 

Semasa pertemuan tersebut, Mufti juga sempat menitipkan doa dan pesan supaya apabila murid ini sudah besar dan berjaya nanti, jangan lupa membawa ayah serta ibunya bertemu semula dengannya nanti. Alahai… sebak pulak admin! 

Bila Khairunnisa dah berjaya nanti, jangan lupa bawa mak ayah jumpa pakcik ya!”

 

“Contoh kejayaan ibu bapa mendidik zuriatnya walaupun tidak sempurna” 

Rata-rata netizen memuji kebaikan Mufti dalam memberi sumbangan dan sudi bertemu dengan murid berkenaan. Ada yang tak kurang juga memuji ibu bapa Khairunnisa yang pandai dalam mendidik anak walaupun mereka tidak sempurna dan kurang berkeupayaan.

Bagus
sumber: facebook

Admin doakan semoga adik Khairunnisa berjaya dunia dan akhirat. Amin! 

Baca: “Tak boleh brain kalau ada yang buat lagi” – Mufti Wilayah Jawab Persoalan Mengenai Isu Viral ‘Photoshoot’ Di Kubur

Brain