in

Kevin Morais Bocorkan Rahsia 1MDB

Sarawak Report Editor Kevin Morais Leaked Information About 1Mdb To Me World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak disekat pada tahun 2015, portal berita Sarawak Report (SR) akhirnya kini kembali bebas melaporkan informasi terkini negara kepada awam. Terdahulu, SR disekat kerana telah mendedahkan maklumat berkenaan skandal 1MDB.


Dengan status skandal 1MDB yang sekarang ini tidak lagi menjadi rahsia, semakin banyak kebenaran terbongkar.

Menurut WORLD OF BUZZ, Editor SR, Clare Rewcastle-Brown baru-baru in mendedahkan bahawa Timbalan Pendakwa Raya, mendiang Datuk Kevin Morais yang telah mati dibunuh tiga tahun lepas merupakan individu bertanggungjawab membocorkan maklumat tentang skandal 1MDB yang disiasat Jabatan Peguam Negara kepadanya.

Kevin M
sumber: wob

Dalam satu temu bual, Clare memberitahu bahawa sumber yang boleh dipercayai memaklumkan bahawa Kevin Morais telah memberikan maklumat kepadanya, termasuk surat dakwaan menentang bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Apabila ditanya bagaimana Clare mendapat maklumat yang begitu sulit, dia memberitahu telah dihubungi oleh seorang individu.

“Saya dihubungi secara langsung oleh individu itu (yang menyediakan kertas dakwaan). Saya rasa individu tersebut adalah Kevin Morais.”

“Saya ada beberapa orang yang saya tak akan namakan, sumber boleh dipercayai memberitahu saya bahawa orang itu memang Kevin Morais.”

Clarerewa2105 E1526896134351
sumber: wob

Satu akuan berkanun yang dibuat Charles mendakwa Kevin Morais bertanggungjawab merangka kertas dakwaan terhadap Najib Razak dan dia telah pun menghantar beberapa salinan surat dakwaan kepada SR.

Kertas tersebut dihantar sejurus selepas Najib menggugurkan Peguam Negara pada waktu itu, Tan Sri Abdul Gani Patail dan beberapa orang lagi ahli kerajaan bagi menghalang penangkapannya.

Ym Charles Suresh Morais 20151125 20 E1526896145254
sumber: wob

Charles memberitahu bahawa dia tak percaya penjelasan tentang penculikan Kevin. Pihak berkuasa mendakwa pembunuhannya adalah berkaitan dengan kes rasuah, menyebabkan Charles meminta post-mortem kedua dijalankan. Clare turut merasakan bahawa penyiasatan perlu dibuat dengan lebih lanjut.

“Saya rasa kita tahu siapa yang dah kena tangkap tapi penyiasatan lanjut perlu dilakukan,” kata Clare.

Minggu lepas Tun M telah mengesahkan bahawa Peguam Negara Gani Patail telah dipecat kerana mahu mendakwa Najib berkaitan kes 1MDB. Terbaru, bekas Peguam Negara bersama tiga lagi bekas pegawai yang dipecat oleh kerajaan sebelum ini kini telah dilantik untuk menjadi ketua bagi pasukan khas yang bertanggungjawab menyiasat kes 1MDB.

Banyak betul kejadian pelik-pelik yang berlaku ada kaitan dengan 1MDB. Semoga kes ini dapat diselesaikan tak lama lagi.

Baca: Jenayah: Pembunuhan Tragis Kevin Morais, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram Tahun 2015

K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.