Ketua Pengarah NADMA Nafi Selisih Faham Dengan ATM, Anggap Ada Pihak Cuba Jadi ‘Batu Api’

Tambah ke Sumber Pilihan
Ketua Pengarah NADMA Nafi Selisih Faham Dengan ATM, Anggap Ada Pihak Cuba Jadi ‘Batu Api’

Baru-baru ini, tular di laman sosial berkenaan isu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang difahamkan bertindak membantu mangsa banjir di Selangor tanpa sebarang arahan dari pihak atasan kerana dikatakan ‘lambat’ dalam membuat keputusan.

Terpalit dengan isu hangat tersebut, Datuk Dr. Aminuddin Hassim selaku Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menganggap ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu banjir dan cuba untuk melagakan antara pihaknya dan ATM.


3 8Sumber: The Edge Market

Menurut laporan dari Malaysia Gazette, kenyataan yang dihebahkan dalam laporan media semalam tidak datang dari pihak ATM.

Beliau dikatakan telah berhubung dengan Panglima Tentera Darat (PTD) iaitu Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, yang turut menafikan kenyataan tersebut datang dari tentera.

Beliau (PTD) pun telah bercakap dengan Panglima Angkatan Tentera dan (kenyataan) tidak daripada mereka, justeru sekali lagi saya mengandaikan perkara ini diada-adakan, hubungan kami berdua adalah baik.” – Aminuddin

Aminuddin mengulas isu tersebut dalam satu sidang media berkenaan perkembangan terkini banjir di Pos Kawalan Operasi Bomba di Persiaran Kemuning Prima semalam. Dalam kenyataan sama, beliau turut menegaskan bahawa NADMA tidak sekali pun menghalang sebarang operasi ATM.

4 7

Saya mengandaikan perkara ini seperti dimomok-momokkan dan NADMA tidak pernah menghalang kerja ATM. Perkara ini telah pun diselesaikan dan hubungan antara kami akan terus mesra dan mekar sehingga lah episod banjir ini selesai kerana banyak lagi perkara kita bincangkan seperti latihan dan sebagainya”

NADMA sebelum ini dikritik kerana dikatakan gagal dalam urusan menguruskan mangsa banjir dan teragak-agak dalam memberikan keputusan awal untuk mengarahkan ATM bertindak.

Sumber: Malaysia Gazette

Baca: ‘Penat’ Tunggu, Angkatan Tentera Malaysia Turun Bantu Mangsa Banjir Walaupun Tanpa Arahan

4 6

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Imran Azizi
Lagi tulisan Imran
Pelajar Human Resources yang gemar menulis. Berambut sikat tepi, meminati pelbagai jenis muzik dan handal bermain FPL.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Ketua Pengarah NADMA Nafi Selisih Faham Dengan ATM, Anggap Ada Pihak Cuba Jadi ‘Batu Api’
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ketua-pengarah-nadma-nafi-selisih-faham-dengan-atm-anggap-ada-pihak-cuba-jadi-batu-api/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM