in

‘Penat’ Tunggu, Angkatan Tentera Malaysia Turun Bantu Mangsa Banjir Walaupun Tanpa Arahan

Muak Menunggu Nadma Atm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banjir yang melanda beberapa negeri dua tiga hari ini telah memberi kesan besar kepada mangsa-mangsa yang terlibat.


Oleh itu, pelbagai pihak telah turun padang untuk menghulurkan bantuan tak kiralah daripada anggota beruniform dan badan-badan NGO yang prihatin akan nasib mangsa.

1349799

Walau bagaimanapun, agak kecoh juga di media sosial beberapa hari ini apabila ada pihak yang mengatakan mereka tidak menang tangan dalam memberi bantuan dan mempersoal kehadiran pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang lewat tiba di lapangan.

 

ATM akhirnya bertindak tanpa tunggu arahan NADMA 

Menurut Free Malaysia Today, ketika banjir besar melanda 5 negeri pada hujung minggu lepas, ATM sudah mula bertindak pada Jumaat lalu membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sumber juga mendedahkan, NADMA telah menerima kritikan mengenai pengurusan banjir di Lembah Klang dan pada mulanya teragak-agak mengerahkan ATM bagi usaha bantuan.

Sampai suatu tahap, kami (Kementerian Pertahanan) membuat keputusan, tak perlu tunggu NADMA. 

“Air banjir makin naik, kami takkan tunggu lagi,” katanya.

ATM katanya telah mula bergerak ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir selepas solat Jumaat minggu lalu.

Malah pada petang Ahad juga, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ada memaklumkan menerusi Twitter yang beliau telah memberi taklimat kepada Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Mohd Zakaria Yadi berhubung situasi di Klang.

Menurut sumber berkenaan, Kementerian Pertahanan (MINDEF) ‘muak’ atau penat dengan NADMA dan kerajaan Selangor.

Seperti tiada keseriusan mengenai situasi terbabit. Justeru, ATM dan MINDEF memutuskan untuk terus sahaja bertindak (menjalankan usaha menyelamat),” tambah sumber.

Sejak Isnin lalu di Pahang dan Selangor, seramai 7 orang disahkan maut dalam bencana banjir ini dan lebih kurang 61,000 orang lagi telah dipindahkan dari kediaman mereka selepas musnah akibat banjir.

Baca: Ramai Terkejut Tengok Kemusnahan Banjir di Sg Lui, Terputus Hubungan Dari Dunia Luar

Sg Lui Musnah Akibat Banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.