Selepas pemergian Abam Bocey, dunia hiburan kembali dikejutkan dengan berita sedih apabila pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi ini.
Susulan daripada berita mengejut tersebut, rata-rata artis negara seberang bagaikan tidak percaya dengan pemergian aktor yang juga suami kepada penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari.
“I’m so sorry to hear that. Tadi dengar kirain boong (bohong)”
Salah seorang artis terkenal Indonesia, Agnes Monica atau lebih mesra dipanggil Agnez Mo antara yang masih dalam keadaan tidak percaya bahawa Ashraf sudah meninggal dunia.
Menerusi komen yang ditinggalkannya di ruang Instagram Bunga Citra Lestari (BCL), Agnes meluahkan rasa duka dan menganggap kematian Ashraf sebagai berita bohong pada mulanya.
“Saya minta maaf atas berita ini. Ketika mendengar berita ini saya fikir tidak betul. Turut berduka,” katanya.

“Begini rasanya… ketika kehilangan sahabat”
Manakala aktor terkenal Indonesia, Baim Wong meluahkan rasa rindu kepada Ashraf yang dianggap sahabat yang baik dan rasa terkilannya kerana mereka sudah lama tidak bertemu menerusi posting di Instagram.
“Tapi dengan meninggalnya sahabat saya ini… menjadi sebuah pelajaran berharga bagi saya untuk mengenal arti Waktu yg sebenarnya…”
https://www.instagram.com/p/B8sOAkwHOTY/
“Semoga disatukan kembali di keabadian…”
Memetik lirik lagu Bunga Citra Lestari, Cinta Sejati bagi lagu tema filem Habibie & Ainun, Melly Goeslow juga tidak ketinggalan dalam mengucapkan takziah serta mendoakan semoga BCL dan anaknya, Noah tabah dalam menghadapi kehilangan ini.
https://www.instagram.com/p/B8r_2pjJ1cr/
Selain Melly Goeslow, artis lain yang berduka dan masih tidak percaya dengan pemergian Ashraf ini termasuklah Dude Harlino, Titi Kamal, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah dan ramai lagi selebriti Indonesia lain yang meninggalkan komen di Instagram BCL.
https://www.instagram.com/p/B8sNgBzFyCv/?igshid=1791q435o2csv
https://www.instagram.com/p/B8sG4LdJp8M/?igshid=18372uvkkwgre
https://www.instagram.com/p/B8sGj3SBf5P/?igshid=duvo0fe4mqd2

Apa-apapun marilah kita sedekahkan Al Fatihah buat Ashraf dan semoga Bunga Citra Lestari dan anak mereka berdua tabah menghadapi dugaan ini.
Baca: “Allahu tak sangka” – Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung