in

“Kesiannya…” – Peminat Simpati Elyana Terpaksa Gugurkan Kandungan

Img 20180317 Wa0018

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Elyana di industri kita sudah tidak asing lagi, lebih-lebih lagi selepas pengumuman umum yang dibuat olehnya pada tahun lepas. Rata-rata peminat bersimpati dengan nasibnya, dan tidak jemu-jemu berikan sokongan.


Namun baru-baru ini, ada lagi berita sedih daripadanya, apabila Mstar mengeluarkan kenyataan di mana Elyana terpaksa menggugurkan kandungannya yang sudah berusia dua bulan. Alahai kesiannyaa….

Img 20180317 Wa0016
Sumber: instagram

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31 tahun, kini sedang menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat. Difahamkan Elyana terpaksa menggugurkan kandungannya atas faktor kesihatan, lebih-lebih lagi apabila dia perlu bergantung kepada pelbagai jenis ubat.

Kata Elyana,

“Sebenarnya 10 hari lepas saya terpaksa gugurkan kandungan saya yang sudah berusia dua bulan. Keputusan itu terpaksa dibuat atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan”

“Tambahan pula sekarang saya kena makan banyak ubat”

Img 20180317 Wa0017
sumber: instagram

Elyana turut mengakui sangat sedih dengan keputusan itu kerana dia sememangnya teringin mempunyai ramai anak. Sebelum ini Elyana juga pernah mengalami keguguran pada awal 2016 kerana hamil luar rahim.

“Saya memang nak sangat anak sebab saya memang suka ramai anak. Sebelum ini pun saya pernah cuba dapatkan anak angkat, tapi tiada rezeki saya”

“Tiba-tiba tahu hamil tapi terpaksa gugurkan, saya memang sedih. Kalau kanser saya ini masih peringkat awal, mungkin saya kuat tapi kalau sekarang ni takut kalau bayi lahir tidak cukup sihat”

Tambah Elyana, sebelum membuat keputusan untuk menggugurkannya itu, dia telah merujuk terlebih dahulu daripada ustaz tentang perkara ini.

Img 20180317 Wa0019
sumber: instagram

“Saya ada tanya pendapat ustaz tentang perkara ini dan dia beritahu jika dah memudaratkan kesihatan, memang kena gugurkan kandungan itu”, katanya.

Berita sedih ini mendapat perhatian daripada peminat-peminatnya. Rata-ratanya meminta agar Elyana terus sabar dan kuat dalam apa jua keadaan. Fighting Elyana!

Alahai kesiannya.. Tak apa lah, tak ada rezeki. Harap Elyana terus kuat dan sihat ya! 

Baca:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.