Kebiasaannya, simptom-simpton untuk jangkitan Covid-19 adalah deman dan batuk. Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki di Perancis apabila dia mengalami ereksi selama 4 jam.
Lelaki berusia 62 tahun itu dilaporkan mengalami priapisme, keadaan apabila seseorang itu mengalami ereksi penis yang menyakitkan dan berpanjangan.
Untuk meredakan keadaan, doktor meletakkan bungkusan ais di bahagian kemaluan pesakit, namun keadaan masih sama dan tidak berubah meskipun selepas 4 jam.
Guna jarum untuk atasi ereksi
Melihatkan keadaan pesakit yang semakin membimbangkan, doktor bertindak mencucuk kemaluan mangsa dengan menggunakan jarum dan mendapati ianya penuh dengan darah beku.
Menurut doktor tersebut, pembentukan darah beku adalah kejadian yang normal berlaku kepada penyakit Coronavirus, namun ini adalah kes yang pertama kejadian darah beku berlaku di bahagian penis.
Sumber: New York Post
BACA: “BF aku punya besar je” – Pakar Beri Amaran Merokok Boleh Kecilkan Zakar Secara Kekal