in

“BF aku punya besar je” – Pakar Beri Amaran Merokok Boleh Kecilkan Zakar Secara Kekal

Scientist Smoking Can Make Your Penis Shrink World Of Buzz 4

Kita sering dengar tentang kesan merokok, even iklan-iklan dekat rokok pun dah banyak beri amaran tentang keburukannya. Tapi, masih ramai lagi yang tak bersedia nak berhenti merokok.

Mungkin, amaran baru dari pakar ni boleh buat perokok, lebih-lebih lagi lelaki fikir dua kali sebelum teruskan tabiat mereka ini.

Menurut pakar saraf, Marc Laniado, merokok boleh menyebabkan disfungsi ereksi serta mengecilkan zakar. Betul ke ni?

Scientist Smoking Can Make Your Penis Shrink World Of Buzz 2
Gambar hiasan

“Untuk dapatkan ereksi yang ‘tegang’, anda perlukan aliran darah yang cukup. Perokok mempunyai artherosclerosis yang lebih tinggi dalam saluran darah termasuk di dalam zakar yang boleh menyebabkan kekurangan aliran darah.”

Marc kemudiannya menambah yang kimia dalam rokok boleh memberikan kesan terhadap ketegangan zakar. Nikotin boleh menyebabkan aliran darah mengecil untuk sementara waktu, tapi lama-lama ia boleh menjadi kekal.

Scientist Smoking Can Make Your Penis Shrink World Of Buzz 3
Gambar hiasan

“Kadang-kadang orang mengatakan yang zakar mereka menjadi semakin pendek bila mereka semakin tua manakala merokok boleh menghentikan aliran darah dari melalui zakar dan secara spontannya akan menghentikan ereksi yang diperlukan untuk merenggangkan zakar dan mengekalkannya pada panjang asal.”

Pakar ini kemudian merumuskan yang merokok boleh mengecilkan zakar. Untuk maklumat lanjut, korang boleh baca di Medical News Today.

 

Baca: Pelajar Undang-Undang Potong Zakar Lelaki Yang Cuba Merogolnya

Screenshot 2019 09 03 At 12.46.45 Pm