Kes Wanita Kena Tikam di Mall, Rupanya Pasangan Tak Setuju Mangsa Minta Putus Tunang

Tambah ke Sumber Pilihan
Kes Wanita Kena Tikam di Mall, Rupanya Pasangan Tak Setuju Mangsa Minta Putus Tunang

Semalam, seorang lelaki berusia 33 tahun telah ditahan selepas bertindak membunuh bekas tunangnya di sebuah pusat membeli belah terletak di Jalan Haji Saman, Kota Kinabalu.

Mangsa yang berusia 21 tahun telah ditemui terbaring dengan beberapa kesan tikaman pada badan, dalam kejadian berlaku pada jam 12 tengah hari itu.

Tak puas hati putus tunang jadi punca 

Menurut Harian Metro, tidak puas hati kerana pertunangan diputuskan dipercayai telah menjadi motif lelaki tersebut menikam bekas tunang sehingga mati.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, siasatan awal mendapati mangsa memutuskan pertunangan dengan suspek, dua hari sebelum kejadian berkenaan terjadi atas sebab peribadi.

Angkat 6Sumber: Harian Metro

Suspek yang tidak bersetuju dengan keputusan itu walau bagaimanapun sering mengganggu mangsa sehingga mencarinya di tempat kerja dan mendesak agar hubungan mereka disambung semula.

Ketika kejadian, mangsa yang juga pembantu kedai aiskrim sedang bekerja seorang diri sebelum didatangi suspek yang dikenalinya selama setahun.

“Suspek dikatakan memujuk mangsa, namun mangsa tidak mahu menerima semula bekas tunangnya itu, menyebabkan suspek mendekati mangsa dan menikam mangsa beberapa kali sehingga mangsa rebah,” katanya.

Dalam pada itu, pihak polis juga memberitahu yang mangsa sempat menjerit minta tolong dan ia didengari anggota keselamatan yang bergegas ke tempat kejadian.

Saksi kemudian melihat mangsa terlantar di lantai dan suspek berdiri di sebelah mangsa sambil memegang sesuatu serta berlumuran darah.

Kes BunuhSumber: BH

Pihak keselamatan itu telah menghubungi polis dan suspek yang juga warga tempatan kemudian berjaya ditangkap di lokasi.

Dengan tertangkapnya suspek, kes tersebut dianggap selesai dan pihak polis sedang melengkapkan siasatan sebelum tindakan pendakwaan diambil. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca: Gadis Maut Ditikam Bekas Tunang, Ditemui Terlentang Atas Lantai Mall Di Kota Kinabalu

Ft Bekas Tunang Tikam Wanita

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kes Wanita Kena Tikam di Mall, Rupanya Pasangan Tak Setuju Mangsa Minta Putus Tunang
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kes-wanita-kena-tikam-di-mall-rupanya-pasangan-tak-setuju-mangsa-minta-putus-tunang/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM