in

Kes Sumbang Mahram: Abang Mengaku Tak Tahan Sebab Kena Ejek ‘Tak Jantan’ Dengan Kawan & Jiran

Page 1 1

Baru-baru ini, sebuah keluarga diusir dari kampung oleh semua penduduk kerana hubungan sumbang mahram yang berlaku dalam keluarga itu.

Menurut laporan, hubungan terlarang yang berlaku dekat sebuah perkampungan di Luwu, Sulawesi Selatan itu telah terjalin sejak 2016 lagi. Lebih memalukan, hasil hubungan sumbang mahram dua beradik itu, si adik telah melahirkan dua anak dan kini sarat hamil anak yang ketiga.

Sumbangmahram6
sumber: sindo news
Sumbangmahram4
sumber: tribun
Sumbangmahram7
sumber: line today

Pihak polis terpaksa masuk campur untuk meredakan kekecohan dan kemarahan penduduk kampung yang berkumpul di depan rumah keluarga berkenaan untuk menghalau mereka dek kerana perbuatan memalukan itu.

Lelaki berusia 38 tahun itu kemudian ditahan pihak polis manakala wanita tersebut dibawa ke balai polis oleh keluarga kerana keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Bila ditanya, dia mengaku melakukan sumbang mahram bersama adiknya yang berusia 30 tahun itu. 

Adik
sumber: spirit kita

Terbaru, lelaki yang tak didedahkan nama itu mengaku pada mulanya dia melakukan sumbang mahram kerana kasihan dengan adiknya. Wanita itu dikatakan telah berkahwin dua kali namun perkahwinannya gagal. Bermula dengan pelukan mesra, hubungan dua beradik ini berlanjutan hingga ke bilik tidur.

Bukan itu je, dia juga mengaku rasa tercabar kerana selalu diejek ‘tak jantan’ oleh kawan kawan dan jiran tetangga. Alasan mereka panggil dia macam tu sebab bila kawan kawan bagi dia tengok video porno, tidak berlaku ereksi pada alat sulitnya.

Sumbangmahram1
sumber: berita bersatu

Si abang seorang buruh bangunan kerap dipertontonkan filem porno oleh teman kerjanya, tapi tidak (berlaku) ereksi. Sehingga kerap diejek tidak jantan oleh teman kerjanya.”

Sehingga kini pihak polis masih sedang siasat dan mendalami kes dua beradik tersebut serta belum boleh jatuhkan hukuman kepada kedua-duanya.

Terdahulu, si adik pernah meninggalkan kampung kerana warga kampung curiga dengan hubungan mereka dua beradik. Mana tidaknya, bila ditanya tentang dua anaknya itu dia cuma berkata mereka hasil hubungannya dengan suami lama.

Beberapa tahun kemudian dia kembali ke kampung dan tidak lama selepas itu wanita berkenaan mengandung sekali lagi. Disebabkan itu, warga kampung nekad bermesyuarat dan membuat keputusan untuk serbu rumah keluarga mereka.

Baca: “Saya tak boleh tahan…” – Abang, Adik Sumbang Mahram 3 Tahun, Sampai Dua Kali Beranak & Kini Hamil Anak Ketiga

Sumbang Mahram