in

Kes Sodomi Tahfiz: Semua Guru Lari, Tinggal 43 Pelajar

Tahfiz Kepong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin pasti by now memang semua dah tahu berita tentang seorang mudir tahfiz bernafsu songsang yang ditangkap baru-baru ni. Pengetua sebuah sekolah tahfiz di Kepong tu ditahan pihak polis lepas didakwa melakukan perbuatan liwat ke atas 9 pelajar.


Sudahlah institusi tahfiz tercalar dek kerana perbuatan tu, lebih teruk lagi kini kesemua pelajar di sana dikatakan tidak mempunyai penjaga atau warden.

Menurut The Star, ketiga-tiga guru sekolah tahfiz tu dilaporkan telah melarikan diri, meninggalkan 43 pelajar tanpa pengawasan. Eh macam tu pulak! Main lepas je tanggungjawab…

Mujahid 1
sumber: nst

Perkara tu didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa selepas membuat lawatan ke pusat tahfiz tersebut dan menurutnya kesemua pelajar memang tidak diawasi oleh orang dewasa. Katanya,

Mereka hanya dipantau oleh pelajar-pelajar senior sahaja.”

Bukan itu je, Mujahid turut beritahu yang kesemua pelajar di sana tidak ke sekolah harian mahupun menduduki peperiksaan SPM. Walaupun dah ditinggalkan oleh cikgu, semua pelajar tetap menyambut baik kedatangan Mujahid untuk pemeriksaan pagi semalam.

Lebih kurang 20 pelajar berpakaian jubah putih berusia dalam lingkungan 8 hingga 16 tahun dilihat sedang membaca al-Quran di pusat tahfiz tu yang dibongkarkan beroperasi tanpa sebarang lesen.

Budak Tahfiz
gambar hiasan

Menurut Mujahid, beliau sendiri terkejut dengan apa yang dilihat ketika pemeriksaan mengejut yang dilakukan tu. Antara yang dilihat, wayar elektrik terdedah dan tergantung di bahagian siling, beberapa meter dari pelajar. Bahaya tu!

“Apa yang menjadi keutamaan kami sekarang adalah kebajikan lebih 40 pelajar di sini.

“Kami ingin memastikan bahawa institusi tahfiz akan terus dilindungi dan ditingkatkan kerana ia adalah tempat pelajar membaca, menghafal dan mempelajari Al-Quran.”

Ibu bapa juga dikhabarkan sudah dinasihat untuk menukarkan anak mereka ke pusat tahfiz berdaftar yang lain.

“Kami akan mencadangkan kepada mereka sekolah-sekolah untuk kanak-kanak ini mendaftar secepat mungkin.”

Dah lah dapat pengetua bernafsu songsang, sekarang cikgu-cikgu yang patut jaga pulak lepaskan tanggungjawab larikan diri. Kesiannya adik-adik tu…

Baca: Kes Sodomi Tahfiz: Ibu Bapa Kurang Kesedaran – Mujahid

Page 4 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.