in

Kes Sodomi Tahfiz: Ibu Bapa Kurang Kesedaran – Mujahid

Page 4 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memeranjatkan bila dilaporkan seorang guru agama yang merupakan pemilik pusat tahfiz di Kepong ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajar di situ.


Menurut Astro Awani, perbuatan terkutuk pengetua tahfiz berusia dalam lingkungan 30-an tu melibatkan pelajar berusia antara lingkungan 11 hingga 16 tahun.

B2 4
gambar hiasan

Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata kesemua pelajar termasuk mangsa yang dipercayai diliwat ni masih lagi menuntut di sekolah berkenaan, lapor The Star.

B1 4
sumber: astro awani

“Bila saya bincang hal ni dengan Timbalan Pengetua, ibu bapa macam tak kisah.

“Itu menunjukkan ibu bapa yang hantar anak mereka di sini kurang kesedaran. Mereka ingat dengan hantar anak mereka di pusat tahfiz, semua masalah mereka akan selesai.”

Menurut Free Malaysia Today, pengetua itu telah pun ditahan polis sehari selepas pihak berkuasa menerima laporan kes berkenaan yang dibuat oleh seorang guru lelaki pusat tahfiz berkenaan pada 13 September.

B3 1
gambar hiasan

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacop memberitahu suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Rabu lepas (19 September) dengan 11 kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sementara itu, Mujahid memberitahu dia sangat terkejut melihat keadaan bangunan pusat tahfiz berkenaan serta mengesahkan ianya beroperasi tanpa lesen daripada pihak berkuasa.

“Pihak pengurusan memaklumkan kepada kami bahawa mereka dah memohon lesen daripada Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), tetapi pihak berkuasa tidak akan luluskannya tanpa proses yang wajar termasuk mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Permohonan tu belum lagi diluluskan.”

Moga pengetua dapat balasan setimpal!

Baca: Bekas Pelajar Menang Saman. Maahad Tahfiz Diperintah Bayar RM4.3 Juta

Page 2 7 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.