Kes Hilang Albertine Leo: Syarikat Konsultan Tawarkan Ganjaran RM50,000 Kepada Individu Temui Kanak-kanak Hilang

Tambah ke Sumber Pilihan
Kes Hilang Albertine Leo: Syarikat Konsultan Tawarkan Ganjaran RM50,000 Kepada Individu Temui Kanak-kanak Hilang

Kes kehilangan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri pada Sabtu lalu telah mendapat perhatian ramai pihak yang risau akan keadaan terkini mangsa.

Baru-baru ini, sebuah syarikat konsultan telah menawarkan sebanyak RM50,000 sebagai ganjaran kepada mana-mana individu yang dapat membawa kanak-kanak perempuan yang hilang itu ke syarikat mereka.


Menurut syarikat itu, wang berkenaan akan diberikan apabila kanak-kanak itu dibawa ke institusi mereka.

Konsultan

452520621 904881018320002 5018294280638091526 N

Artikel berkaitan: Kes Hilang Albertine Leo: Polis Klasifikasi Kes Culik, Tahan 3 Individu

Artikel berkaitan: Ibu Kanak-kanak Perempuan Hilang Di Bon Odori Minta Jangan Kongsi Maklumat Tidak Tepat

Tambah syarikat itu lagi di posting Facebook mereka, lebih banyak perkongsian yang dilakukan oleh orang ramai, lebih banyak bantuan akan diberikan daripada mereka.

Jika anda mempunyai sebarang petunjuk, sila hubungi nombor rasmi iaitu di talian 011-1636 0404 dengan segera.

“Maklumat akan dirahsiakan. Tiada gurauan, hanya maklumat tepat diperlukan,” tulis posting itu.

Dalam satu perkembangan terbaru, polis difahamkan telah menahan tiga individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak tersebut.

Albertine dilaporkan hilang pada 20 Julai, kira-kira jam 8.30 malam semasa Festival Jepun Bon Odori di Eco Galleria, Iskandar Puteri. Kanak-kanak yang berketinggian 120cm itu kali terakhir dilihat memakai baju kartun Mickey Mouse berwarna putih.

Semoga kanak-kanak ini dapat ditemui secepatnya. 

Sumber: Facebook, Sinar Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kes Hilang Albertine Leo: Syarikat Konsultan Tawarkan Ganjaran RM50,000 Kepada Individu Temui Kanak-kanak Hilang
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kes-hilang-albertine-leo-syarikat-konsultan-tawarkan-ganjaran-rm50000-kepada-individu-temui-kanak-kanak-hilang/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM