Berikutan dengan kekecohan pasal khabar angin Ratu Moscow 2015, Rihana Oksana Gorbanteko diceraikan talak 3, ramai netizen membanjiri ruangan komen di laman Instagramnya untuk bertanyakan kesahihan berita ini termasuklah Yana Samsudin.
Tapi tak pasal-pasal cerita pasal isu rumahtangga Rihana jadi ‘tenggelam’ bila tengok Yana komen sebab…
Mungkin tersilap tarikh, orang ramai mula mengecam kerana cuba nak dapatkan info dan ada yang melabelkan Yana Samsudin ni cuba nak ‘membawang’ dalam ruangan komen pos terakhir Rihana sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 27, pada 10 Julai lepas.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mengecam soalan yang diajukan kerana menggunakan istilah My Queen kepada Rihana. Bahkan ada juga yang cuba-cuba nak spill tea pada Yana Samsudin.
Haritu komen Fizo Mawar, dulu menyibuk soal Farid Kamil daripada DD – Netizen
Bukan itu sahaja ada juga yang komen menghentam Rihana dengan mengatakan bahawa dia masih belum seorang permaisuri yang sah kerana masih belum ditabalkan.
Ini kerana kenyataannya dalam caption posting tersebut ada menjelaskan bahawa anaknya bakal mewarisi kedudukan ayahandanya.Sultan Muhammad V.
Alahai netizennnn…
Seharusnya tahu tentang peraturan-peraturan istana negeri masing-masing – Netizen
Apapun isu mengenai sijil penceraian talak 3 itu masih belum tahu lagi kesahihannya. Sama-sama lah kita tunggu kenyataan rasmi sendiri.