in

Kes COVID-19 Turun Kepada 10,710 Hari Ini, Selangor Terus Catat Angka Tertinggi

Covid 19 18 Julai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, 18 Julai 2021, Malaysia merekodkan kes baharu positif COVID-19 sebanyak 10,710 sepanjang 24 jam lalu. Meskipun masih merekodkan angka melebihi 10,000 kes, ia adalah penurunan berbanding kes jangkitan baharu yang direkodkan semalam (12,528).


Noor Hisham Abdullah Resize 2 E1626596546835

Lapor Astro Awani, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi laman sosial Twitter milik beliau, jumlah kes kimulatif negara kini ialah 916,561 kes.

Negeri Selangor masih lagi merekodkan angka jangkitan baharu tertinggi dengan 4,985 kes hari ini. Ia diikuti oleh Kuala Lumpur (945), Johor (808), Negeri Sembilan (771) dan Kedah (696).

Negeri Sabah hari ini merekodkan sebanyak 666 kes baharu, Perak (407), Pahang (369), Pulau Pinang (2950, Sarawak (261), Kelantan (146) dan Terengganu (123).

Manakala, bagi Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis pula masing-masing merekodkan kes jangkitan baharu hari ini kurang daripada 100 kes.

Sumber: Astro Awani

Baca: “Ambil masa 10-15 minit je” – Kit Ujian Kendiri COVID-19 Buatan Malaysia Mula Dijual 19 Julai Ini

Salixium E1626596350835

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.