in

Kes COVID-19 Cecah Sejuta, Britain Umum Perintah Berkurung Buat Kali Kedua!

Untitled Collage 68

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Britain, Boris Johson mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung buat kali kedua di negara itu bermula Khamis ini sehingga 2 Disember depan.



Langkah mengejutkan itu dibuat selepas kes positif COVID-19 mencecah angka sejuta semalam.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan berhubung kemungkinan sistem kesihatan negara itu akan lumpuh dan tidak mampu lagi menampung pertambahan kes menjelang Krismas.

Memetik laporan Daily Mail, keputusan itu dibuat selepas Boris mengambil kira pandangan sekumpulan pakar bahawa virus itu dijangka akan menyebabkan 85,000 kematian pada musim sejuk nanti.

Photo 1585556557157 Cd17D9D79Cc8

Boris dilapor berkata, sekiranya situasi itu berlaku — petugas perubatan terpaksa memilih sama ada mahu menyelamatkan mangsa COVID-19 atau pesakit lain.

Antara larangan terbaharu dibuat kali ini termasuk menutup bar dan restoran, namun orang ramai masih boleh memesan makanan untuk dibawa pulang.

Semua premis perniagaan lain juga diarah tutup kecuali farmasi. Sekolah dan universiti pula akan terus dibuka seperti biasa.

Kes jangkitan di United Kingdom melepasi angka satu juta, selepas merekodkan hampir 22,000 kes baharu semalam.

 

Baca: Britain Kenakan Denda RM53,145 Terhadap Individu Langgar PKP

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.