in

Kes Buli Siber Esha: Pembantu Rumah Mengaku Bersalah Didenda RM100

Ft Pembuli Siber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pembantu rumah orang tua mengaku bersalah, atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat dengan tujuan membangkitkan kemarahan berhubung kes buli siber pempengaruh media sosial Rajeswary Appahu atau dikenali Esha, di aplikasi TikTok.

Majistret Arunjothy M Selvarwam mengenakan denda RM100 terhadap P. Shalini, 35 tahun. Mengikut pertuduhan, dia didakwa atas pertuduhan dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat melalui akaun TikTok alphaquinnsha dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.


Artikel berkaitan : Kes Buli Hingga Sebabkan Kematian ‘Influencer’, Seorang Wanita Ditahan

Artikel berkaitan : Terharu Tengok Anak Susah Payah Kumpul Duit, Nabila Huda Surprisekan Kesha iPad Pro Untuk Birthday

Menurut sumber, kesalahan itu dilakukan pada 1 Julai lalu kira kira jam 4.10 pagi di Sentul. Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Untuk rekod, pada 5 Julai lalu, pempengaruh berusia 30 tahun itu ditemui meninggal dunia, sehari selepas membuat laporan polis berhubung ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan seramai 11 saksi termasuk ahli keluarga mangsa selesai dirakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan polis dalam kes tersebut.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.