in

Terharu Tengok Anak Susah Payah Kumpul Duit, Nabila Huda Surprisekan Kesha iPad Pro Untuk Birthday

Nabila4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi siapa yang ada follow  Nabila Huda di Instagram, pasti akan dapat melihat gelagat dan ragamnya bersama suami dan anaknya, Kesha.


Terbaru ragam mereka sekeluarga lakukan ada kelainan sedikit apabila Nabila Huda ada buat prank kepada Kesha.

 

Duit gaji dia everytime dia teman mummy pergi kerja jadi assistant 

Menurut Nabila, satu perkara dan konsep yang dia amalkan dalam mendidik anaknya adalah tidak sewenang-wenangnya ‘memanjakan’ anak dengan memberikan apa yang dimahukan, jika mahukan sesuatu, perlu berusaha.

Oleh itu, Kesha selalu kumpul duit sendiri hasil daripada membantu keluarganya, terkini Nabila mengatakan bahawa Kesha teringin iPad Pro dan dia kini sedang dalam usaha untuk mendapatkannya.

Terharu melihat kegigihannya, Nabila Huda terlintas untuk menghadiahkan barang yang dihajatkan itu semasa hari ulang tahun kelahirannya yang ke 11.

“Duit gaji dia everytime dia teman mummy pergi kerja jadi asst. Setiap bulan dia akan bagitau jumlah yang dia dah kumpul. Abi dia pinjam duit pun dia mintak bayar balik sbb nak beli ipad. Latest one dia cakap dia dah kumpul dalam tabung RM 450.”

“Dia cakap lagi sikit je dah boleh beli. Sikit apa keisha. 2024 baru dapat beli anak ku!haha! I am proud as a mother bila tengok effort dan usaha dia nak kan sesuatu tanpa mintak kat abil. Tak pernah dia merengek nak something dari kecik.”

“Pastu masa birthday dia hari tu dia kata tahun ni special sebab her birthday on 11 May and she turns 11.”

Katanya lagi, tarikh lahir Kesha yang jatuh pada 11 Mei itu tidak dapat diraikan kerana Nabila pada masa itu dalam tempoh kuarantin kerana positif Covid-19.

“Dia nak celebrate dengan mummy but mummy positive covid. I know deep inside her heart dia sedih tapi dia relax je. Then masa quarantine tu i decided untuk beli online ipad tu. Whatever makes her happy.”

Nabila membuat keputusan untuk memberikan hadiah itu dengan cara prank Kesha. Dalam, video itu dilihat Nabila memarahi Kesha sehingga air muka Kesha betul-betul berubah.

Melihat vidoe tersebut, ramai yang perhatikan reaksi Nabila Huda, memang mood sampai dia marah Kesha, ya lah pelakon hebat pulak.

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang terharu apabila melihat reaksi Kesha setelah mengetahui hadiah yang ibunya berikan.

 

I pun nangis – Netizen

Kupukupu3 Kupukupu2 Kupukupu

 

Baca : “Berlakon ni tak de kena mengena dengan fame langsung” – Nabila Huda Offer ‘Free Class’ Berlakon Untuk Influencer

Nabilahuda

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.