in

Kes Buli Hingga Sebabkan Kematian ‘Influencer’, Seorang Wanita Ditahan

Syaz Ft 2024 07 09T121554.737

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kematian akibat bunuh diri seorang pempengaruh di TikTok baru-baru ini mengejutkan orang ramai, difahamkan dia berbuat demikian kerana terlalu teruk dibuli secara online.

Rajeswary Appahu atau lebih dikenali sebagai Esha berusia 30 tahun ditemui maut di rumahnya pada pukul 11 pagi Jumaat lalu.


Terbaru, polis telah menahan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes melakukan ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap pempengaruh tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rajeswary Appahu (@_rajeswaryappahu)

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Sentul, Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 39 tahun berhubung ugutan itu yang dibuat terhadap mangsa di TikTok.

“Kedua-dua akaun TikTok itu menggunakan gambar Rajeswary (Esha) sebagai latar belakang kandungan video yang dimuat naik ke akaun masing-masing.

Kandungan itu juga didapati mempunyai unsur ugutan dan ancaman kepada Rajeswary (Esha) dan menggunakan kata-kata kesat serta lucah,” katanya.

Difahamkan, polis mendapati tohmahan dan fitnah yang dilaporkan wujud berdasarkan tangkap layar yang dikemukakan oleh pengadu kepada polis namun disyaki sudah dipadam oleh kedua-dua pemilik akaun tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyebarkan kenyataan jelik dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib).

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.